Saturday, June 20, 2015

TIP BERJIMAT BULAN PUASA / MENU RAMADAN & MAKANAN SUNNAH

Assalamualaikum Semua.
Sempena bulan mulia ni,Bulan Beribadat iaitu Ramadan Al-Mubarak...jangan dijadikan bulan ini seperti pesta makan pulak.Bedal ja ikut hawa nafsu,padahal tak makan sangat pun.Bila pergi bazar ramadan rambang ja mata nak beli itu ini...last-last campak ja ke tong sampah,nangis rezeki tu...
Hari ni nak bagi dan kongsi tip berjimat sempena bulan ramadan untuk kita sama-sama amalkan untuk kebaikkan bersama.

1.Niatkan untuk berjimat bermula hari ini.

2.Usahakan banyak bersedekah untuk mendapatkan ganjaran ALLAH.

3.Kurangkan aktiviti pergi ke Bazar Ramadan.

4.Elakkan membawa duit berlebihan.

5.Usahakan memasak sendiri dirumah.

6.Pilih menu ringkas tapi enak dan berkhasiat.

7.Pastikan kurma di meja hidangan waktu berbuka mahupun waktu bersahur.

8.Masak lebih dan simpan dibahagian sejuk beku peti sejuk.

9.Senaraikan bahan mentah untuk di beli di pasar.

10.Catatkan kos perbelanjaan sehari,seminggu,atau sebulan.

11.Berbuka di masjid bersama jemaah.

12.Senaraikan jenis makanan atau minuman yang hendak di beli.

13.Sediakan stok makanan siap dan tahan lama seperti serunding daging dan sambal tahun.

14.Motivasi diri untuk kurangkan berbelanja.

15.Sediakan tabung khas Ramadan sebagai persediaan kegunaan untuk hari raya.

16.Cuba masak sendiri menggunakan resepi baharu untuk hidangan berbuka puasa.

17.Boleh layari internet untuk mendapatkan resepi mudah dan ringkas untuk berbuka dan bersahur.

18.Rancang bersama rakan atau ahli keluarga supata tidak berlebihan dalam menyediakan makanan.

19.Hiaskan masakan sendiri seperti di hotel,guna pinggan-mangkuk yang berkualiti.


MENU SEMPOI SEMPENA RAMADAN

1.NASI GORENG TOMYAM + TELUR MATA

Image result for gambar nasi goreng dan telur mata

2.NASI PUTIH + AYAM GORENG + SAYUR CAMPUR GORENG

Image result for gambar nasi putih,ayam goreng dan sayur goreng

3.NASI PUTIH + SUP AYAM + CILI PADI POTONG  CAMPUR KICAP

Image result for gambar nasi putih,sup ayam dan cili potong

4.BIHUN ATAU MEE GORENG + KUIH

Image result for gambar bihun atau mee goreng dan kuih

5.NASI LEMAK + AYAM BEREMPAH 

Image result for gambar nasi lemak ayam berempah

6.SPAGETTI ATAU LASAGNA

Image result for gambar spaghetti and lasagna

7.NASI PUTIH + IKAN GORENG + SAYUR KOBIS MASAK LEMAK + SAMBAL BELACAN.

Image result for gambar nasi putih,ikan goreng


MAKANAN SUNNAH

1.KURMA - Makanan Seimbang

Image result for gambar buah kurma

2.DELIMA -Anti Oksida yang tinggi

Image result for gambar buah delima merah

3.SUSU - Menguatkan tulang dan meningkatkan minda.

Image result for gambar susu

4.ANGGUR / KISMIS - Bersihkan Darah dan Perut

Image result for gambar anggur dan kismis

5.MADU - Penawar Penyakit

Image result for gambar madu

6.MINYAK ZAITUN - Kurangkan Kolesterol

Image result for gambar minyak zaitun

7.BUAH TIN - Kandungan Serat Tinggi dan disebut dalam Al-Quran

Image result for gambar buah tin

8.BARLI - Kandungan Serat Tinggi dan Kurang Suhu Badan

Image result for gambar barli

9.HABBATU SAUDA - Untuk Kesihatan Badan

Image result for gambar habbatus sauda

10.AIR ZAM-ZAM

Image result for gambar Air Zam-zam

Moga dengan perkongsian bersama dapat la kita mengamalkan semua tip,menu dan juga makanan sunnah ni dengan sebaik mungkin.
Salam jumpa lagi....












0 comments:

Post a Comment