Friday, February 27, 2015

KONGSI RAYA....

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita noo,alhamdulillah masih diberikan lagi waktu untuk bernafas dan diberikan peluang menambahkan lagi amalan dunia & akhirat.Tanggal 19/2/2015,bestnya nak balik kampung(Kongsi Raya Katakan)jumpa all my parents(Ayah Mak serta Mak Abah mertuaku)..teruja sangat2 dah lama tak balik rindu serindunya habaq mai.Malam pun tak rasa nak tidur terlalu excited nak balik kampung,dah macam budak2..ikut sama anak buah saya namanya DANIA (So Cute)..yang lain tak dapat ikut ada hal masing2.


KONGSI RAYA
DANIA COMEL





Seawal 6.30 pagi bertolak,kononnya nak elak jem dekat hightway,sampai ja 9.30 pagi...makkaii tersusun elok ja jem,terperangkap jugak jadinya apa nak buat bukan jalan bapa kitakan.Tapi syukur alhamdulillah sampai jugak dekat kampung dalam pukul 3petang,perut pun dah lapar,letih pun ada sampai ja ada jemputan kahwin terus g makan nasi kenduri pulak...SEDAP!!!
Tapi kali ni nak g jalan pun rasa macam malas sebab bersusun jer keta,nak buat macam mana kena harungi jugak la,nak balik rumah mak saya pulak..kali ni saya dengan suami merempit bak Awie Dengan Erra naik motor.Best jugak sekali sekala cepat ja sampai..

PERJALANANKU


Ahad pagi dah gerak nak balik Melaka,isnin dah kena masuk keja..ingatkan masa balik ja kena jalan jem,last2 kena jugak walaupun nak mengelak..apa yang saya & suami plankan tidur pulak rumah kakak ipar dekat Sungai Siput,terpaksa la tambah cuti lagi 1 hari...isnin pagi gerak balik melaka,alhamdulillah diawal pagi kurang sesak dan akhirnya sampai jugak di teratak rumahku di Taman Sri Aman...
Walaupun kepulangan kali ni sekejap ja,tapi hati dah terubat kerinduan pada Mak Ayah & Abah Mak mertuaku...insyallah dipanjangkan umur dapat berjumpa lagi...Insyallah.


FAMILY BESAR
KELUARGA PENANG

Salam Diperantauan Dari Anakmu....Cehhhh Wahhh.

JATUH CINTA PANDANG PERTAMA???

Assalamualaikum...


Jatuh cinta pandang pertama???.Jangan salah tafsir naa,sebenarnya nak cerita sikit macam mana saya & suami terjebak serta jatuh hati pada suplement terbaik iaitu suplement SHAKLEE yang berasaskan alam semulajadi..mula tu diperkenalkan oleh adik ipar saya sendiri,dalam masa yang sama suami saya sering ja mengadu sakit dada,katanya rasa berdebar2 semacam ja.Terus ja bawa g jumpa doktor,checkup punya checkup rupanya tahap kolesterol suami saya tinggi...Ya Allah dah mula terfikir macam2,mau taknya kalau dah kolesterol tinggi ni macam2 penyakit datang tanpa di undang..Report terus dekat adik ipar & diperkenalkan dengan suplement yang mampu membantu mengurangkan tahap kolesterol...iaitu COQHEALTH atau pun dengan panggilan COQ10.Juga diperkenalkan dengan OMEGA GUARD (omega 3) pati minyak ikan yang terbaik didunia....kita berikhtiar hanya allah yang menentukan.


KOLESTEROL
MEMBANTU & MENGEKALKAN PARAS COQ10 DALAM DARAH.


KOLESTEROL
MENGURANGKAN PARAS KOLESTEROL & TEKANAN DARAH.

Alhamdulillah dengan mengamalkan dengan konsisten serta dipantau oleh saya (jururawat tak bertauliah ni..)..result yang diperolehi oleh suami sangat memberansangkan,sampai doktor pun tanya makan apa??.Tapi makan masa sikit la nooo..ikut pada kerajinan diri masing2 kalau nak betul sembuh,betul tak??.

RESULT

KEPUTUSAN SELEPAS MENGAMBIL COQHEALTH & OMEGA GUARD

Akhir kata sayangilah diri masing2 naa,termasuk la diri saya jugak...kita berjumpa lagi..
SEE U AGAIN...!!!






























Monday, February 16, 2015

FAIZWORLD SUPERB..

Assalamualaikum & Selamat Malam Semua.

Tanggal 15/2/2015 (Ahad),tarikh keramat untuk saya dimana bermulanya sesi menimba ilmu dalam perniagaan yang baru saya ceburi...apa tu??.Tajuk yang akan dibentangkan oleh orang2 yang hebat..
iaitu MASTER OF SHAKLEE (Zainora,Nurul,MamiMia,Ainul) yang berlangsung diBandar Baru Bangi.Perjalanan bermula pada awal pagi dalam pukul 7.30 pagi,saya bersama mama shakleeku berangkat (adik iparku),bersama lagi 2 orang teman seperjuanganku iaitu lin & kak suzana...depa ni semua hebat-hebat tau,termasuklah adik iparku walaupun kecil jangan dipandang enteng yer...super power tu!!!

KAK SUZANA,LIN,SUHAILA & SAYA
Sesi berlangsung dalam pukul 10 pagi...excited giler keluar awal,bukan apa takut traffic jem...

faizland

Alhamdulillah dah sampai..tepat pukul 9 pagi,tapi ada lagi yang belum sampai..tak ape kita sama-sama tunggu.Sesi pun bermula dengan Zainora dulu,diketengahkan dengan tajuk kenali Shaklee dengan lebih dekat,memahami dengan lebih mendalam tentang salah- silah shaklee.
Kemudian disusuli dengan Nurul(Mamabutterfly) & Mami Mia(My Grandmother dalam group shakleeku)tentang nutrisi merangkumi organ dalaman badan kita(Jantung,Salur Darah,Paru,Sendi dan macam-macam lagi.
NURUL







MAMI MIA
Yang bestnya ada macam-macam kuiz supaya tak rasa boring sangatkan,almaklumla sejuk bebonar biliknyer rasa macam nak tidur ja...hihihi
Kuiz berkaitan tentang suplement shaklee ja.diedarkan kotak misteri dan dalamnya ada soalan yang kita kena jawab..pusing pi pusing mai,last-last kena dekat saya...(soalannya betul atau salah omega guard dapat menurunkan tahap kolesterol LDL-Ataupun kolesterol jaha??)...dijawabnya dengan penuh confident,Akhirnya dapat jugak hadiah...kwang kwang!!


DAPAT HADIAH!!!..SUPRISE

Dekat Faizworld jugak disediakan tempat bersantai untuk kanak-kanak & juga bapa budak serta disediakan kemudahan surau lelaki & perempuan.



Tepat pukul 12.00,hidangan tengahari disediakan...apa lagi bedal la perut pun dah nyanyi macam2 irama lepas makan,kita solat & kelas disambung dalam pukul 2 petang..kelas kali ni memang berbeza
dengan kelas yang sebelum ni..motivasi diteruskan dengan nurul yang mana sangat meruntun jiwa & sanubari setiap peserta yang hadir,tak dapat digambarkan dengan kata2..
Diakhir bicara kelas ilmu yang saya hadir kali ni banyak memberi kesan pada naluri saya juga pada semua yang hadir..Moga ilmu yang diberikan kali ni dapat menjadi matlamat dalam mencapai kejayaan pada masa akan datang...INSYALLAH DOAKAN YER!!!


Dipanjangkan umur insyallah kita berjumpa lagi....Bye...Bye!!!
















Kehidupan Desaku

Assalamualaikum Semua.
Permulaan bicara saya nak kenalkan diri dulu na……

Saya Azirawati Khalid.Berasal dari Pulau Pinang(penang)bukan anak mami.Punyai 4 orang adik beradik,1 lelaki & 3 orang perempuan(termasuk saya la tu).Ayah saya seorang pesawah kampung & mak surirumahtangga.Kehidupan saya sederhana,dan yang penting jelas terpancar kegembiraan kami sekeluarga yang penuh kasih sayang,didikan agama yang diserapkan dalam kehidupan kami….alhamdulillah…terima kasih pada ayah & mak tidak terkira yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.





Akhir bicara,insyallah raya cina ni nak balik kampung...rindu sangat dah dekat mak dan ayah.
Tunggu anakmu pulang keDesa..

LOVE U ALL....MOM & DAD