Untuk ibu-ibu yang bersalin,samada bersalin normal,caesar ataupun pembedahan.Resepi ni boleh diamalkan juga untuk kanak-kanak selepas berkhatan ataupun bersunat.
IKAN MASIN LADA HITAM
Bahan-bahannya:
#Ikan masin (digoreng tanpa minyak)
#Lada hitam
CARANYA...
-Tumis bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah dengan perahan limau.
-Gaulkan sebati dan sedia di hidangkan.
IKAN TENGGIRI KERING
Bahan-bahannya:
#1 Keping Ikan Tenggiri Kering
#2 Biji Lada Besar
#1/2 Biji bawang besar (dihiris)
#Sedikit halia
CARANYA...
-Ikan digoreng bersama hirisan halia.
-Ditumbuk bersama lada besar dan bawang,tapi jangan sampai hancur.
SAMBAL TOK-TOK LADA HITAM
Bahan-bahannya:
#Bawang merah
#Bawang putih
#Ikan bilis
#Lada hitam
CARANYA...
-Goreng semua bahan tersebut hingga layu dan tumbuk serta campurkan sedikit dengan garam.
-Hidangkan dengan nasi panas.
IKAN MASIN GORENG ASAM JAWA
Bahan-bahannya:
#Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
#1 labu bawang besar
#5-6 tangkai cili kering
#3 ulas bawang putih
#1/2 inci halia
#Air asam jawa dan gula
CARANYA..
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing,masukkan air asam jawa,garam dan gula.
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.
IKAN BILIS GORENG AROMA
Bahan-bahannya:
#100g ikan bilis putih
#3 batang serai(dititik @ dihiris)
#1 biji bawang besar dimayang
#2cm halia dimayang
#6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
#6 biji cili padi diketuk
#Minyak untuk menumis
CARANYA...
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan semua bahan diatas
-Sedia untuk dihidangkan
IKAN BILIS DENGAN CILI MESIN
Bahan-bahannya:
#1biji bawang besar dimayang
#Ikan bilis
#Jeruk lobak
#1 Biji telur
#1 Sudu cili mesin
CARANYA...
-Goreng ikan bilis hingga garing,angkat dan ketepikan.
-Tumiskan cili mesin hingga masak,kemudian masukkan jeruk lobak dan ikan bilis.
-Akhir sekali masukkan telur dan kacau hingga sebati.
PEGAGA MASAK LADA HITAM
Bahan-bahannya:
#Sedikit santan pekat
#Lada hitam(lebihkan)
#Ikan bilis putih
#Kunyit hidup
#Halia dan garam
CARANYA...
-Lada hitam,halia dan kunyit hidup ditumbuk.
-Masukkan santan direneh bersama bahan yang ditumbuk....biar hingga pekat.
-Masukkan pegaga,ikan bilis dan bahan perasa.
HATI LEMBU MASAK LIMAU PURUT
Bahan-bahannya:
#1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
#5 helai daun limau purut dan dipotong/atau dikoyakkan
#6 tangkai cili kering(dlm pantang boleh digantikan dengan lada hitam)
#3 labu bawang besar
#4 ulas bawang putih
#2cm halia(dihiris)
#1/2 camca ketumbar
#1/2 camca jintan manis
#1/2 camca jintan putih
#Garam dan gula serta serbuk perasa.
#Minyak
CARANYA...
-Cili/Lada hitam,bawang besar,bawang putih,halia,jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingga naik bau/garing,kemudian masukkan hati dan daun limau purut
-Masukkan serbuk perasa dan angkat.
HATI GORENG BERLADA
Bahan-bahannya:
#600g hati lembu,direbus dan dipotong.
#4 sudu lada putih
#2 sudu serbuk rempah
#2 sudu besar minyak
#1 sudu besar asam jawa
#1/2 sudu serbuk jintan putih
#1 sudu serbuk kunyit
#2 labu bawang beasr
#Garam/Serbuk perasa
#1 batang daun bawang untuk hiasan
CARANYA...
-Gaulkan hati lembu yang telah dipotong bersama serbuk rempah.
-Tumiskan dan masukkan air asam jawa.
-Akhir sekali taburkan hirisan daun bawang.
AYAM/DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM LADA HITAM
Bahan-bahannya:
#4cm halia muda
#3cm kunyit hidup
#Garam secukupnya (kesemua bahan dikisar dan diperap)
CARANYA...
-Bakar ayam/Daging dengan bahan perapan.
-Hiriskan semua bahan,dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam,hirisan bawang besar,dan perahan asam jawa.
DAGING GORENG HALIA
Bahan-bahannya:
#Daging batang pinang dihiris nipis
#Halia dimayang halus
#Bawang putih diketuk
#Bawang besar dipotong bulat
#1 Biji lada benggala /ketukkan cili padi jika nak pedas.
#Sos tiram
#Sedikit kunyit hidup/serbuk kunyit,garam,serbuk perasa.
CARANYA...
-Panaskan minyak,masukkan daging yang diperap dengan kunyit dan garam.
-Tumiskan bawang putih dan halia,masukkan sos tiram dan bahan perasa.
-Akhir sekali masukkan lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
DAGING GORENG LADA HITAM (MARINATED)
Bahan-bahannya:
#Daging dihiris halus
#Lada hitam secukup rasa
#Halia
#Bawang besar
#Bawang putih
#Sos cili/Cili mesin
#Sos tomato
#Sos tiram
#Kicap pekat
#Garam/Serbuk perasa
CARANYA...
-Perapkan daging bersama halia,bawang putih,bawang besar dan sos.
-Panaskan minyak ,masukkan daging bersama bahan perap,tambahkan air untuk melembutkan daging.
-Tambahkan garam,serbuk perasa dan bawang besar...Dan sedia dihidangkan.
Amboiii....Terliur jer tengok resepi untuk orang-orang dalam pantang ni...SEDAP!!!
Rasanya sesuai jugak untuk semua wanita kot mencuba resepi...sedap sangat.
SELAMAT MENCUBA..
Ni bukan org berpantang yg makan..org sihat yg belasah..
ReplyDeleteTu la pasal,bukan jer orang dalam pantang ja selera.Tapi yang bukan berpantang pun dah terliur tengok...apan lagi bedal la.
ReplyDeletesedap sedap makanan ibu berpantang zaman sekarang. saya pun berselera tengok. haha
ReplyDeletehttp://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2015/06/thiara-songket-raya-edition-dress.html
makan dging ngn ayam x gatal ke bg yg caesar
ReplyDeleteBetul ke resepi ni boleh di amalkan ms pantang? Mcm meriah je bhn2 nyer.. hehe
ReplyDelete