Wednesday, June 3, 2015

9 TIPS KETIKA BERPUASA....TAK LAMA DAH!!!...dah sedia???

Assalamualaikum Semua...

Insyallah tanggal  18 Jun 2015 (Bersamaan 1 Ramadan) semua umat islam akan menyambut kedatangan ramadan Al-Mubarak..iaitu berpuasa selama sebulan...Bestnya,dah terasa bahangnya...Alhamdulillah dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh barakhah.Moga dapat diberikan kesihatan yang terbaik supaya dapat menambah baik lagi amalan untuk bekalan ke sana...Amin.

Dengan itu saya nak kongsikan pada semua TIPS KETIKA BERPUASA..

Puasa hukumnya wajib pada semua umat islam dan mestinya badan harus nampak segar & bertenaga.
Bagaimana caranya,sedangkan kita tidak makan mahupun minum seharian??.Ikuti tips ini..

Image result for gambar wajah ceria bulan ramadhan


  • Sambutlah ramadan dengan senang hati yang mana mempengaruhi pada kualiti puasa kita.Dalam keadaan senang hati,hormon epinefrin,endorphin dan aktiviti glucagon meningkat sehingga tubuh menjadi lebih kuat untuk berpuasa.

Image result for gambar wajah ceria bulan ramadhan


  • Jangan tinggalkan sahur kerana ia merupakan salah satu rangkaian dalam ibadah puasa yang amat penting.Ketika berpuasa,tubuh kita tidak lagi mendapat gizi lebih dari 14jam.Untuk itu,sel-sel tubuh sangat memerlukan gizi dan tenaga dalam jumlah yang mencukupi.

Image result for gambar selamat bersahur

  • Berbuka dengan kurma dan air madu untuk menambahkan kadar gula dalam darah dengan cepat.Kemudian terus menunaikan solat sebelum bersambung menikmati juadah yang lebih berat pula.

Image result for gambar kurma dan air madu

  • Hindari berbuka dengan minuman sejuk kerana ia akan menyebabkan perjalanan darah tidak berada dalam keadaan optimum.

Image result for gambar minuman sejuk

  • Kunyah makanan dengan baik agar proses pencernaan menjadi lebih mudah dan ringan.Cuba kunyah makanan sebanyak 33kali sebelum menyuap makanan yang lain pulak.

Image result for gambar kunyah makanan

  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak,makanan yang diawetkan,penambah perisa,minuman bergas dan bahan masakan yang tajam seperti cuka,cili, ataupun asam.

Image result for gambar makanan pedas

  • Latihkan diri untuk minum banyak air putih atau air madu untuk melancarkan perjalanan darah dan mencegah dehidrasi.

Image result for gambar minuman air putih

  • Jangan tinggalkan olahraga..Berpuasa tak bermaksud terus berhenti menjalani aktiviti olahraga seperti biasa.Solat tarawih juga merupakan satu aktiviti yang dapat memelihara kecergasan tubuh badan kita.

Image result for gambar bersukan

  • Kendali emosi..(iya lakan ,bila berpuasa perut kosong,datanglah macam-macam ujian pada kita,mula la nak naik angin jer...tak mau-tak mau tak baik dik oiii).Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan nafsu...Jadi kawal la emosi sebaik mungkin dan banyakkan bersabar.

Image result for gambar emosi



Dengan tips yang dikongsi ni dapat memberi sedikit persediaan untuk semua menyambut kedatangan ramadan...










0 comments:

Post a Comment