Wednesday, June 17, 2015

KURMA MAKANAN SUNNAH NABI S.A.W...APA KEBAIKKANNYA???

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadan al-mubarak pada semua umat islam seluruh dunia yang akan memulakan ibadat puasa esok...1 RAMADAN.
Dalam bulan puasa makanan yang wajib dihidangkan masa berbuka,semestinya BUAH KURMA.
Dengar ja buah kurma ada sesetengah tidak tahu bahawa kurma mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan malah untuk kecantikkan dan keremajaan setiap wanita.

Kandungan Protein yang ada dalam kurma adalah lebih kurang 2.5 %,Serat 8.0 %,manakala kandungan gulanya pula sangat tinggi sehingga 63 %,majoritinya adalah glukosa.Lemak yang terdapat didalamnya adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja.
Kurma merupakan makanan kesihatan dan sangat popular sbagai hidangan utama dalam bulan puasa,serta dijadikan sebagai kandungan dalam setiap ubat-ubatan tradisional dan juga suplement.Kaya dengan ZAT BESI,KALSIUM,FOSFORUS,SODIUM,POTASIUM,VITAMIN A,C,dan NIASIN.



Image result for gambar buah kurma segar


KHASIAT UTAMA

  • Paling pantas diproses dan diserap,serta memberikan tenaga dengan segera.Pengambilan kurma secara harian akan membuatkan tubuh bertenaga,rahsia awet muda baik untuk lelaki dan juga wanita.
  • Kandungan serat yang tinggi membantu melancarkan sistem pelawasan.
  • Potassium dan beberapa zat galian yang terdapat dalam makanan dikatakan dapat seimbangkan kandungan air didalam tubuh badan.
  • Amat sesuai untuk pelajar kerana ia dapat menguatkan memori seseorang.
  • Amalan pengambilan kurma ketika hamil dipercayai dapat  memudahkan proses kelahiran,mengurangkan pendarahan dan memberi tenaga kepada ibu ketika meneran.
  • Selain itu,makanan sunnah ini juga dikatakan penawar racun dan dapat merawat pelbagai penyakit.
  • Kurma juga sangat mujarab untuk seseorang yang ada masalah sembelit.

Kurma juga sangat baik dijadikan MASKER untuk haluskan kulit wajah...Kurma akan diproses untuk dijadikan ramuan rahsia kecantikkan.VITAMIN B6 dan protein didalam kurma dapat mencegah jangkitan kulit,hasilnya kulit akan lebih sihat dan berseri.Masker kurma amat sesuai untuk wanita yang mempunyai masalah kulit sensitif atau alahan,..Ok ikuti caranya.

Image result for gambar scrub muka kurma

MASKER KURMA HALUSKAN KULIT

BAHAN-BAHANNYA:
  • ISI KURMA
  • YOGURT ASLI (disejukkan dalam peti ais)
CARA MEMBUAT:
  • Kisar isi kurma dan yogurt asli
  • Sapu pada wajah dan juga leher,biarkan hingga kering.
  • Bilas dengan air putih.Amalan ini akan membuatkan kulit wajah halus,kemerahan dan lembap.
Bagi yang menghadapi kulit badan yang kasar dan kering,boleh mencuba scrub kurma.Ia dikatakan dapat membantu membuang sel kulit mati,mencerah,melembap dan menghaluskan kulit.Khasiat utamanya adalah menegangkan kulit yang sudah kendur atau mengalami penuaan.

Image result for gambar scrub badan kurma

SCRUP ISTIMEWA UNTUK TANGGALKAN SEL KULIT MATI

BAHAN-BAHANNYA:
  • KURMA
  • BUAH CRANBERRIES
  • AIR PERAHAN APRIKOT
  • OAT
CARA MEMBUAT:
  • Kisar kesemua bahan sehingga hancur dan sebati.
  • Gosok badan ketika mandi terutama dibahagian leher,bawah pelipat dan celah peha,lakukan seminggu dua kali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan .
  • Lebihkan scrup disimpan didalam peti ais supaya tidak rosak.

Moga dengan perkongsian hari ni dapat memberi manfaat yang berguna untuk kita semua.



























0 comments:

Post a Comment