Tuesday, June 2, 2015

8 PEMAKANAN JEJASKAN DIET LELAKI???.IYE KA....


Assalamualaikum Semua..
Nak kongsi sedikit untuk Para Kaum Adam yang ingin mengamalkan DIET MAKANAN..
Ada 8 makanan yang jejaskan  diet para kaum adam....AWAS!!!

Image result for gambar diet sihat

Meskipun setiap orang punyai bentuk badan yang berbeza,namun si kurus yang berusaha menambahkan berat badan.Tapi si gempal pula yang ingin menurunkan berat badan,aspek pemakanan perlu dititik beratkan.Untuk tampil sihat perlulah mengelakkan pengambilan beberapa makanan & minuman yang menjejaskan diet seseorang dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit.
Ok...disini terdapat 8 jenis makanan & minuman  yang perlu dielakkan oleh para kaum adam..

MINUMAN BERGAS
  • Minuman bergas sejuk,segar,manis membuatkan seseorang itu ketagihan ( bukan ketagih benda terlarang yer).Kebanyakkan minuman bergas ini mengandungi kandungan kafein yang tinggi.
  • Minuman bergas ini sebenarnya tidak mempunyai khasiat pun.Dari itu perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian.
  • Tambahkan dengan pengambilan air serta jus buah-buahan jika memerlukan gula.
Image result for gambar minuman bergas

MINUMAN KEDAI KOPI.
  • Kopi juga mempunyai kandungan kafein yang tinggi.Sama ada kopi o atau kopi susu rendah lemak.Kebanyakkan kopi dikedai sekarang banyak mengandungi krimer,gula, dan penambah perisa lain.
  • Sekiranya seseorang itu perlukan kafein,tambahkan sedikit susu,krimer atau gula mengikut sukatan yang betul.
Image result for minuman kopi

PRODUK  KAYA TEPUNG
  • Patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya..
  • Tepung yang diperkaya adalah bermaksud,tepung tersebut sudah mengalami proses "bleached" dan kehilangan khasiat yang sebaiknya.Terbaik pilih lah roti yang penuh dengan gandum dan pasta.
Image result for gambar produk berasaskan tepung

ROTI DAN KEK
  • Roti keju dan muffin bukan yang terbaik untuk diet harian.Saiz makanan tersebut kadangkala diluar kawalan (Betul-betul,makan tak ingat dunia...hihihi).Kebanyakkan makanan seperti ini mengandungi tepung yang diperkaya dengan gula dan lemak tepu yang tinggi.
  • Sesetengah produk tertulis "tanpa lemak tepu" pada label makanan,harus diperiksa terlebih dahulu kandungan nutrisi makanan tersebut.Yang terbaik periksa kandungan bahan-bahannya yang digunakan.
Image result for gambar roti dan kek

MAKANAN / MINUMAN SEGERA
  • Zaman sekarang ni pelbagai minuman serta makan segera ada dipasaran.Makanan dan minuman jenis ni lah yang paling banyak dibeli oleh masyarakat umum disebabkan jadual harian yang padat.Makanan dan minuman inilah yang punyai rasa sedap dan lazat,namun kebanyakkan makanan segera mempunyai kandungan garam serta penambah perisa yang tinggi.
  • Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ,tubuh tidak dapat mengawal kandungan garam,gula dan krimer dalam badan.Ia juga boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa yang panjang.
  • Mengawal makanan atau minuman  seperti ini atau yang terbaik mengelak kerana kebanyakkan punyai kandungan kalori yang tinggi.
Image result for gambar makanan dan minuman segera


MAKANAN DALAM TIN
  • Kebanyakkan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi.Begitu juga kandungan garam didalamnya.Walaupun makanan dalam tin sangat berguna ketika kecemasan  atau darurat,tetapi jangan dijadikan ia sebagai makanan harian (Tak elok..tak mau tak mau).
Image result for gambar makanan dan minuman dalam tin

MAKANAN DIGORENG
  • Setiap makanan yang digoreng mengandungi kalori tersembunyi (takutnya!!).Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak,atau makanan digoreng dengan mentega atau telur.Oleh itu kurangka yer..
  • Seandainya teringin sangat nak makan makanan bergoreng,bolehlah goreng sendiri dirumah,supaya minyak yang digunakkan adalah yang terbaik.
  • Image result for gambar makanan bergoreng

Kesihatan umum pada diri amatlah penting dalam kehidupan..Dietlah dengan mengamalkan cara terbaik & seimbang...Barulah sihat...BETUL TAK???.























0 comments:

Post a Comment