Friday, June 19, 2015

9 RESORT ATAS AIR DENGAN SUASANA ROMANTIS DI MALAYSIA.

Wow....dengar ja percutian,mesti tak ketinggalan nak tahu dimanakan???.
Ok,jika sesiapa yang ingin pergi bercuti di luar negara mesti memikirkan bajetnya...kekangan masa yang terhadkan???.Jadi,jika semua tu menjadi penyebab utama untuk bercuti,apa kata kita bercuti ja kat dalam malaysia.Dalam malaysia pun banyak lokasi yang sangat menarik,malahan dapat berjimat juga sebab tak perlu bayar tiket flight bagi lokasi resort  yang akan kita kunjungi.

Disini saya nak share pada semua 9 resort yang sangat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga,dan yang pasti untuk pasangan yang baru berkahwin untuk berbulan madu...yang belum tu jangan tau!!!,tak baik (Tak mau-tak mau).

1.LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Image result for gambar resort lexis hibiscus port dickson

Terletak tidak jauh dari kuala lumpur.Lexis Hibiscus Port Dickson merupakan resort berkonsep moden yang menghidangkan pemandangan menarik.
Resort ini menawarkan beberapa pakej bilik yang paling menarik adalah Panorama Pool Villa yang menghadap ke laut lepas.Tinggal dibilik ini pasti membuat pandangan kita bebas ke laut sambil si sapa angin dari selat melaka.

Image result for gambar resort lexis hibiscus port dickson


Bagi yang inginkan privacy,resort ini juga menawarkan pakej kolam renang didalam bilik.Boleh berenang tanpa meninggalkan bilik.Satu tingkap kaca turut dibina didalam bilik resort agar berpeluang menjenguk ke bawah dan melihat hidupan laut yang berenang bebas disekitar resort.Untuk tempahan boleh website

Lexis Hibiscus PD

2.MABUL WATER BUNGALOWS

Image result for gambar mabul water bungalows

Terletak diperairan Pulau Mabul,Sabah,Banglo Air Mabul telah dinobatkan sebagai salah satu dari "the best dive bases in the world" kerana kejernihan airnya.

Image result for gambar mabul water bungalows

Tiap kali menjenguk kebalkoni dibilik,pastinya akan dihidangkan dengan panorama indah serta airnya yang jernih dan berwarna hijau kebiruan.
Perkhidmatan rawatan spa turut disediakan (best giler)..Tempahan boleh dilakukan 

Image result for gambar mabul water bungalows

MabulWaterBungalows.com.

3.POM POM ISLAND RESORT AND SPA

Image result for gambar pom-pom island resort and spa

Terletak di Laut Sulawesi,untuk ke resort ini,kita perlu menaiki bot selama 45minit.Suasana resort yang jauh dari kesibukkan kota pastinya memberikan suasana damai dan pemandangan yang sangat indah.


Image result for gambar pom-pom island resort and spa

Selain dari menikmati pemandangan indah laut dari bilik,kita juga boleh bermain bola tampar pantai bersama rakan-rakan dan pengunjung lain atau melakukan junge treckking dipulau Bohaydulong yang terletak tidak jauh dari resort.
Tapak sulaiman juga dapat ditemui dengan mudah dibeberapa pantai dipulau ini.Lapangan terbang Antarabangsa Tawau pun terdekat dengan resort.Untuk tempahan ,boleh ke website

Image result for gambar pom-pom island resort and spa


PomPomIsland.com

4.AVILLION PORT DICKSON

Image result for gambar Avillion port dickson

Mengambil inspirasi dari perkampungan nelayan dinegara ini,Avillion Port Dickson adalah gambaran ketenangan tanpa perlu jauh meninggalkan kesibukkan kota.
Dengan konsep senibina tradisional tetapi menyediakan kemudahan moden,bolehla berehat sepenuhnya dan meninggalkan seketika bebanan kerja.

Image result for gambar Avillion port dickson

Turut disediakan adalah aktiviti berkayak,basikal hydro dan kapal luncur angin bagi yang sukakan aktiviti sukan air.Tempahan boleh dilakukan..

Image result for gambar Avillion port dickson

PortDicksonHotel.net

5.AVANI HOTELS SEPANG

Image result for gambar Avani Hotels Sepang

Selain dari lokasi yang tidak jauh dari Kuala Lumpur,Avani Hotels juga merupakan antara resort yang menawarkan servis yang terbaik pada harga bajet.

Image result for gambar Avani Hotels Sepang

Tiada yang lebih menarik bagi yang ingin merehatkan minda dan mencari sedikit ketenangan dari keriuhan kota dengan bersantai dibalkoni bilik sambil menikmati matahari terbenam.
Hotel ini turut menawarkan pakej trip 1 hari melawat gajah diPusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah.Mereka juga turut menyediakan pakej melawat stadium F1 disepang buat sapa yang berminat.Tempahan menginap diresort ini...

Image result for gambar Avani Hotels Sepang

AvaniHotels.com.

6.GAYANA & BUNGA RAYA ECO RESORT

Image result for gambar Gayana & Bunga Raya Eco Resort

Gayana dan Bunga Raya Eco Resort terletak di Pulau Gaya,diluar Pantai Borneo.Sebaik berada diresort ini,puncak Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan jelas dari jauh.
Layanan pula adalah 1st class.Sarapan akan dihantar kebilik jika lebih suka menikmati makan pagi sambil menikmati deburan ombak tanpa perlu meninggalkan bilik.

Image result for gambar Gayana & Bunga Raya Eco Resort

Resort ini jugak menawarkan spa dengan menggabungkan rawatan cara barat dan cara timur.Pusat pemulihan haiwan turut ditempatkan disekitar resor bagi yang meminati bidang biologi marin.Boleh juga melihat kerang gergasi bertelur.Jika bernasib baik dapat menyentuh tapak sulaiman.

Image result for gambar Gayana & Bunga Raya Eco Resort

Lapangan terbang terdekat untuk keresort adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Untuk tempahan dan info lengkap...

Gayana Eco-Resort.com.

7.PANGKOR LAUT RESORT

Image result for gambar Pangkor Laut Resort

Resort ini dibina diatas pulau persendirian diPangkor Laut,terletak 3 batu diluar pantai barat malaysia.Lebih eksklusif,seluruh pulau diPangkor Laut Resort dikhaskan untuk pengunjung resort sahaja.

Image result for gambar Pangkor Laut Resort

Image result for gambar Pangkor Laut Resort

Sama ada sekadar mendengar deruan ombak,berendam dikolam infiniti diresort,atau menjelajah belukar disekitar pulau dan bebas melakukan aktiviti dipulau.Tempahan boleh dibuat...

PangkorLautResort.com.

8.BERJAYA LANGKAWI ISLAND RESORT

Image result for gambar Berjaya Langkawi Island Resort

Resort ini menawarkan 2 perkara menarik yang boleh dinikmati disini.Nyamannya hutan tropika disatu bahagian dan hembusan bayu laut disatu bahagian lagi.

Image result for gambar Berjaya Langkawi Island Resort

Image result for gambar Berjaya Langkawi Island Resort

Bagi yang bekeluarga,berbagai aktiviti bersama anak-anak boleh dilakukan antaranya melawat Underwater World Langkawi dan Muzeum 3D.Atau bagi yang sukakan aktiviti menyelam,boleh la melakukan scuba diving diPulau Payar.
Untuk tempahan...

BerjayaHotel.com.

9.SIPADAN WATER VILLAGE

Image result for gambar Sipadan Water Village

Dilhamkan dari senibina rumah orang-orang Bajau,Sipadan Water Village menawarkan percutian yang menarik.Apatah lagi dengan air laut yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik menjadikan resort ini satu tarikan kepada penggemar sukan menyelam scuba.

Image result for gambar Sipadan Water Village

Image result for gambar Sipadan Water Village

Kalau tak pandai scuba dive,tak mengapa boleh ja melakukan snorkelling atau sekadar berehat merehatkan minda.
Suasana resort yang sangat tenang sudah pasti membuatkan kita rasa seronok berada diresort sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah.
Untuk info dan tempahan...

Sipadan-Village.com

































0 comments:

Post a Comment