Sunday, May 31, 2015

7 TIPS KEMPISKAN PERUT BUNCIT

Ada siapa-siapa yang punyai masalah perut buncit???.Boroi???....Sila angkat tangan...ok hari ni nak kongsikan sedikit sebanyak tentang permasalahan tersebut...Jom kita tengok tips-tipsnya.

Image result for gambar perut buncit

Perut buncit adalah masalah yang sering dihadapi oleh wanita & juga lelaki.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah sedemikian.Antaranya amalan gaya hidup tidak sihat seperti gemar makanan ringan dan kurang senaman.Masalah ini juga sering membelenggu wanita selepas melahirkan cahayamata.
Harus diakui perut buncit mencacatkan penampilan & membuatkan seseorang berasa rendah diri juga mengalami masalah ketika memilih pakaian.Jangan susah hati,masalah perut buncit bukanlah masalah rumit.Ia dapat diselesaikan dengan mendisiplinkan diri.

Jom Kita Tengok Apa Tips-tipsnya....ADA 7 TIPS.

GANTIKAN MINUMAN MANIS DENGAN AIR PUTIH
  • Kebanyakkan kita lebih gemar memilih minuman manis berbanding air putih.Minuman manis akan membuatkan berat badan meningkat & mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis.
  • Elakkan minuman manis terutamanya minuman berkarbonat,lebihkan minuman air putih.Ia dapat membantu melancarkan pencernaan terutama yang ada masalah sembelit.
  • Amalkan minuman air suam yang banyak & tinggalkan minuman berais.
Image result for gambar air minuman

KUNYAH MAKANANDENGAN SEMPURNA.
  • Ketika menjamu selera,kunyah makanan perlahan-lahan sehingga hancur.
  • Tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung didalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menjadikan perut buncit.
  • Makanan yang tidak dikunyah sehingga halus juga tidak dapat dicerna dengan sempurna akan menyebabkan proses kembung perut berlaku.
Image result for gambar kunyah makanan

KURANGKAN GARAM DALAM MAKANAN
  • Selain mengurangkan garam,elakkan juga penggunaan serbuk perasa.
  • Garam yang banyak akan menambahkan ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan.
  • Perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang ada & menyebabkan perut buncit.
Image result for gambar garam dalam makanan

TINGKATKAN PENGAMBILAN MAKANAN PENUH SERAT.
  • Banyakkan pemakanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran & buah-buahan,supaya dapat membantu melancarkan proses pencernaan.
  • Amalan ini dapat mengatasi masalah perut buncit kerana najis dapat dibuang secara teratur.
Image result for makanan penuh serat

ATASI SEMBELIT
  • Sembelit akan menyebabkan perut mengumpul gas berlebihan dan lemak.Akibatnya perut sering berasa kembung & buncit.
  • Untuk mahukan cara natural amalkan makan buah prun & oren.
Image result for gambar masalah sembelit

SENAMAN 
  • Lakukan senaman secara konsisten sekurangnya 3 kali seminggu.
  • Senaman dapat membantu meningkatkan metabolisme seterusnya membakar lemak dari tubuh.
  • Senaman khusus untuk mengempiskan perut  adalah KEMPISKAN PERUT 60 SAAT & LEPASKAN.
Image result for gambar senaman kempiskan perut

PAKAIAN PELANGSINGAN
  • Pakai pakaian pelangsingan atau bengkung.Ia dapat menyokong bahagian perut dan membantu mengatasi masalah perut buncit...Tapi jangan memilih bengkung yang terlalu ketat,saiz yang sesuai akan membuatkan keadaan selesa.
Image result for gambar badan langsing

Haaa....tu dia tips-tips yang membina untuk semua yang ingin mengempiskan perut buncit dan memiliki badan yang sihat..
Jom pakat-pakat jaga kesihatan dengan sempurna...tak lama lagi nak raya ni,tak nak pakai baju cantik ka????


Image result for gambar ok































2 comments:

  1. Wah..best tips ni..nak try gak..yg plaing senang pakai pakaian pelangsingan tu..haha

    ReplyDelete
  2. Jom sama2 kita langsing..nk pakai kebaya ketat la katakan....hihihi

    ReplyDelete