Monday, June 8, 2015

10 REMPAH AJAIB UNTUK KESIHATAN

Jangan tak tau pulak yer,rempah ratus sejak kurun temurun ada khasiatnya yang tersembunyi untuk kesihatan kita...
Makanan lazat memerlukan rempah-ratus sebagai penyedap dalam makanan tetapi turut meninggalkan kesan yang baik pada kesihatan kita semua.
Ok...hari ni saya nak kongsikan bersama....

MENURUNKAN BERAT BADAN

Sekiranya ada yang berhasrat nak menurunkan berat badan,kurangkan pengambilan gula & garam.Disamping tu boleh gunakan kulit kayu manis yang dikatakan mampu memberi kemanisan dalam minuman dan kandungan kalori  yang sedikit amat membantu masalah kegemukan.


Image result for gambar kulit kayu manis


ATASI SEMBELIT

Cuba atasinya dengan kunyit hidup yang dicampurkan dalam makanan.Sifat anti bakteria yang terkandung dalam kunyit dapat membantu melawan jangkitan dalam apa jua bentuk pada perut termasuklah penyakit sembelit.

Image result for gambar kunyit hidup


KERADANGAN

Tekak mudah loya disusuli dengan rasa hendak muntah..Merupakan antara simptom yang biasa dialami.Gunakan rempah oregano untuk mengurangkan kesakitan tersebut.Taburkan sedikit oregano dalam makanan bagi meredakan sakit yang dialami.

Image result for gambar rempah oregano

MENINGKATKAN TAHAP METABOLISME

Khasiat rempah thyme adalah untuk meningkatkan tahap metabolisme dalam badan.Dengan mencampurkan kedalam makanan dan ia berkhasiat untuk meningkatkan tahap kesihatan terutamanya sistem pernafasan.

Image result for gambar rempah thyme

MENYIHATKAN OTAK

Rempah ratus juga bermanfaat untuk memelihara kesihatan otak.Salah satunya adalah halia.Ia sering digunakan untuk membuang angin tetapi juga terbaik untuk otak agar sentiasa aktif dan bertenaga.

Image result for gambar halia

ANTIOKSIDAN

Disamping memiliki sifat-sifat antibakteria,kunyit juga mengandungi sifat antioksidan yang tinggi.Juga mampu untuk mencegah pelbagai penyakit yang berpunca dari bakteria.

Image result for gambar kunyit hidup

MERANSANG SEKS

Untuk pasangan yang dah berkahwin,sekira ada masalah dengan pasangan boleh mencuba.Ransang kembali dengan bawang putih yang biasa digunakan dalam masakan.Ia mampu menaikkan keinginan seksual sekali gus membuatkan hubungan terasa lebih 'panas' dan bertenaga.

Image result for gambar bawang putih

PULIHKAN TEKANAN DARAH

Masalah darah tinggi sering berlaku terutamanya kalangan yang dah berusia.Jika tak dikawal ia boleh memudaratkan kesihatan hingga memberi kesan kepada jantung dan penyakit angin ahmar.Antara yang disarankan adalah cengkih.Dapat menstabilkan tekanan darah.

Image result for gambar bunga cengkeh

SAKIT KEPALA

Sakit kepala mudah menyerang sekiranya berada dalam keadaan tertekan.Pastinya ia menyakitkan malah tiada satu pun pekerjaan mampu dilakukan akibat sakit yang tidak tertanggung.Redakan dengan mengambil secubit lada dan campurkan dalam makanan.Kandungan yang terdapat dalam lada tersebut dipercayai dapat mengurangkan sakit kepala.

Image result for gambar lada

KOLESTEROL

Cengkih dan kulit kayu manis adalah terbaik untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam tubuh.Caranya adalah campurkan kedua-dua bahan tadi kedalam minuman atau makanan.Jadikan amalan dan kolesterol akan berkurangan secara semulajadi.

Image result for gambar cengkeh dan kulit kayu manis


Alhamdulillah,dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit panduan pada kita semua untuk mencuba kaedah tradisional dengan menggunakan rempah ratus dahulu kala...
Tak kisah la,perubatan secara moden atau tradisional yang dipraktikkan janji kita tetap mencuba.
Yang memberi penyembuhan pada setiap penyakit hanya ALLAH...kita seharusnya berikhtiar adalah jalan terbaik....Moga kita akan bertemu lagi pada perkongsian seterusnya.











2 comments:

  1. banyak ye rempah rempah yang boleh kita gunakan untuk tujuan kesihatan. nice entry. tak pernah tahu pun sebelum ni.

    http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2015/06/adrynaa-pastel-kurung-dan-kurung-batik.html

    ReplyDelete
  2. macam saya jugak,tak pernah tahu pun khasiat rempah ratus lama2 ni..tau makan jer.Dah tau sekarang boleh la kita jadikan amalan seharian...badan yang sihat,kesihatan terjamin.

    ReplyDelete