Wednesday, June 3, 2015

8 RAHSIA MENAWAN & PETUA DARI BAHAN SEMULAJADI UNTUK WAJAH..


Assalamualaikum Semua...
Blog saya sebelum ini berkongsi tentang tips ketika berpuasa..Jadi sekarang ni nak kongsikan pulak persediaan untuk menyambut syawal...Awal sangat ka???.Tak kot,cuma perlukan persediaan awal jer,nak raya  mesti la nak kelihatan perfect gitu!!!...

Kedatangan syawal dinanti penuh debaran oleh umat islam terutamanya kaum hawa.Apa taknya,dah tak sabar-sabar untuk membuat persediaan...dari pakaian ,jualan sehingga dekorasi kediaman.Dek kerana nak sambut hari raya yang sempurna,setiap wanita sanggup bersengkang mata untuk memastikkan segala persiapan berjalan lancar.

Jadual yang padat juga menyebabkan wanita kurang tidur & rehat.Akibatnya tubuh badan menjadi lesu,wajah kusam dan tidak bermaya...dah seakan mayat hidup jer...pucat lesu.Disini saya nak kongsikan beberapa tips untuk membantu tampil ceria,anggun dan bertenaga dipagi syawal.

SUPLEMENT PENUHI KEPERLUAN

Image result for GAMBAR SUPLEMEN
  • Menjelang ramadan,gaya hidup seseorang akan berubah.Tidur yang lewatdaripada biasa untuk melakukan ibadah seperti membaca al-quran,solat sunat terawih dan menghadiri majlis ilmu.
  • Agar kekal cergas dan bertenaga,digalakkan mengambil suplement seperti MULTIVITAMIN.
  • Pengambilan suplement adalah terbaik untuk membantu tubuh mendapat nutrien yang cukup.
MINUMAN AIR PUTIH

Image result for gambar minuman air putih
  • Pastikan minum air lebih dari keperluan biasa kerana sewaktu berpuasa,kulit cenderung menjadi kering dan bibir akan pecah kerana kekurangan air.Untuk mengatasinya,banyakkan minum air putih dan jus buah-buahan ketika berpuasa.
SAYURAN & BUAH-BUAHAN

Image result for GAMBAR SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana kandungan khasiat didalam makanan ini dapat membantu mencantikkan kulit,disamping memenuhi keperluan tubuh.
BUAH KURMA

Image result for gambar buah kurma segar
  • Amalkan makan buah kurma kerana ia membekalkan tenaga yang berterusan pada tubuh badan.
MINUMAN BERAIS

Image result for gambar minuman berais

  • Kurangkan pengambilan minuman berais dan elakkan minuman berkarbonat.Dua jenis minuman ini akan membuat kita cepat haus dan badan menjadi lemah.
BERSAHUR

Image result for gambar bersahur
  • Latihkan diri bangun bersahur..Seandainya tidak berselera makan diawal pagi,gantikan dengan makanan berat dengan menu ringkas yang penuh nutrien seperti bijirin...Antaranya emping jagung & oat.
PENJAGAAN DIRI

Image result for gambar penjagaan diri
  • Jangan abaikan penjagaan diri,selain disiplin diterapkan dengan regim asas kecantikkan iaitu membersih,menyegar dan melembap.
  • Kerap menyapu losyen pada kulit terutama golongan yang bekerja dalam bilik penghawa dingin.Ia dapat mengelakkan kulit menjadi kering serta mengelupas.
SPA

Image result for gambar spa


  • Seminggu sebelum raya,luangkan masa merawat tubuh badan dan wajahdi spa.

PETUA WAJAH DARI ALAM SEMULAJADI.

  • Untuk wajah yang berseri dan bersinar,amalkan makan kelopak bunga mawar merah setiap hari.
Image result for gambar bunga mawar yg indah
  • Air rebusan inai jugak dapat mengatasi wajah yang pucat.Inai jugak sangat berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan dalaman wanita.
Image result for gambar daun inai
  • Tekap mata dengan uncang teh selama 10 minit.Petua ini dapat menyegarkan mata dan menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata.
Image result for gambar uncang teh
  • Seandainya mengalami masalah rambut kering dan gugur,ramas daun bunga raya sehingga keluar lendir.Tapis dan buang hampasnya .Sapu pati lendir tadi pada kulit kepala dan rambut.Kemudian balut kepala dengan tuala selama 10 minit.Hasilnya rambut kelihatan sihat serta kulit kepala terasa segar.
Image result for gambar bunga raya
  • Lenyekkan tomato hingga lumat.Lumur pada wajah dan biar hingga kering.Kemudian bilas dengan air bersih.Masker semulajadi ini akan membuatkan wajah licin,lembut dan sekata.
Image result for gambar buah tomato
  • Agar bibir merah bak delima,sapukan madu pada bibir setiap malam sebelum tidur.Bangun pagi terus cuci bibir dengan menggunakan hirisan limau.
Image result for gambar madu
  • Kulit badan pun adalah aset kecantikkan juga..Untuk kulit yang cerah dan kemerahan,gosok setiap inci tubuh dengan menggunakan hampas kelapa.Ia akan menanggalkan daki  dan membuatkan kulit lembut serta lembap.
Image result for gambar ampas kelapa

















0 comments:

Post a Comment