Monday, June 8, 2015

KELAS "THE BEST IN THE WORLD"

Assalamualaikum Semua...

Permulaan bicara saya nak ceritakan serba sedikit atau terbanyak tentang bestnya menjadi seorang SID ( Shaklee Independent Distributor).Setiap kelas Ilmu atau pun apa sahaja yang berkaitan dengan program dari shaklee diadakan dengan santai...mana taknya pergi ja kelas boleh kendong anak-anak,boleh bawa suami,pendek kata semuanya open jer tak ada pun rasa stress dok pikiaq anak sapa nak jaga la...susah lah macam-macam la...




Setiap ilmu yang diberikan lebih santai dan memudahkan kita lebih faham dan dapat banyak ilmu yang boleh digunakan sepanjang kita menjadi sid.Kelas yang dianjurkan .best sangat sebab guru yang mengajar dan yang memberi ilmu serta tunjuk ajar adalah senior-senior yang tak pernah kedekut ilmu.Apa sahaja ilmu yang dah mereka perolehi akan dikongsi dengan anak-anak bawahan mereka,dan mereka juga inginkan semua berjaya hingga kepuncaknya.
Paling mudah setiap kelas ilmu yang diadakan bukan sahaja kelas diluar jer,tetapi kelas malam pun ada....tapi jangan terkejut pulak tak payah keluar malam-malam pun cuma diadakan kelas melalui ONLINE WHATSUP...mudahkan????
Sepanjang saya menjadi sid shaklee ni,dah banyak jugak kelas yang saya hadiri...antaranya KELAS SUPER IDOL,KELAS DEKAT FAIZ LAND,KELAS BLOG,...



Yang bestnya jugak kelas yang diadakan akan disulami dengan aktiviti makan-makan,pelbagai acara diadakan bagi merapatkan ukhwah sesama kami dalam SHAKLEE.Bila dah berkumpul tu,tak akan terfikir pun yang mana master,leader,supervisor...nampak semuanya sama ja,dah macam satu family besar.Setiap antara kami semua peramah belaka,tak sombong pada hal baru ja jumpa,tu yang best sangat.






Semoga dengan ilmu yang dapat selama saya menghadiri kelas-kelas ilmu,dapat membantu sedikit sebanyak dalam pembelajaran saya dalam bisnes shaklee ni.Walaupun saya baru menapak,insyallah suatu hari nanti saya ingin berjaya seperti senior-senior yang lain jugak.
Ingin mengubah kehidupan saya dengan lebih baik dan berjaya..dapat membantu orang ramai menjadi lebih sihat...

DOAKAN SAYA BERJAYA......AMIN!!!






0 comments:

Post a Comment