Wednesday, June 10, 2015

PERCUTIAN TERINDAH BERSAMA IPAR DUAI.



Assalamualaikum Semua..

1 MEI merupakan HARI PEKERJA diseluruh malaysia.Hari untuk berehat & untuk hilangkan stress kerja...(ya ka??).Jatuh pada hari jumaat..
1 MEI juga merupakan hari istimewa,menunggu kedatangan adik ipar saya dari penang.Mula-mula tu tu,plan nak datang melaka tak jadi sebab ada hal.Tup-tup dalam tengahari call bagi tau jadi datang melaka time tu dia orang dah berada dekat hentian kemunting..datang 1 family jer.
Tunggu punya tunggu,tepat pukul 10 malam dia orang call dah nak sampai tol Alor Gajah.Siap sedia saya & suami pergi ambik dia orang..Bermalam la di Rumahku Syurgaku...Masjid Tanah.
Keesokkan harinya plan la nak gi Bandar Melaka,last-last tak jadi sebab jalan jem,almaklumla cuti umum,orang luar kebanyakkan balik kampung.Fikir punya fikir tak apa la, lagi pun dia orang cuti lama (1-4 Mei)...Wow lamanya cuti,boleh la saya pun tumpang sekaki....hihihi

Hari sabtu,lepas ja sarapan pagi adik ipar saya jemput datang rumah dia.Sebab mertuanya adakan hari familyday (Tumpang sekaki ler) dah orang jemput.Tak baik menolak,pepatah orang tua-tua...Rezeki Jangan Ditolak Musuh Jangan Dicari..Pergi beramai,disediakan pelbagai hidangan yang sedap antaranya Laksa Johor,Roti Jala,Bubur Jagung,dan lain-lain lagi..makan sampai kenyang.Sebelah malamnya pulak suami saya plan nak bawa diorang pergi KOLAM AIR PANAS GADEK dekat Alor Gajah...Yang bestnya,perjalanan kami semua ke kolam air panas tu tak la jauh sangat,tapi disebabkan sesat ke sana kemari...dah macam nak balik penang pulak...Adoiii....cek suami ooiii.Akhirnya sampai jugak destinasi yang nak tuju...alhamdulillah.Apa lagi budak-budak tu,terus ja cari kolam nak mandi orang punya ramai.Bagi ja peluang dekat budak-budak mandi,mak bapa jadi pemantau.

Image result for kolam air panas dekat melaka

Mai tengok tempat-tempat dekat Kolam Air Panas Gadek...Dah tak boleh tunjuk banyak-banyak,kena la pergi...best terutamanya waktu malam.Rasa segar ja.

Image result for kolam air panas dekat melaka


Image result for kolam air panas dekat melaka

Dah puas ka???.Belum la makngah,dah datang jauh-jauh ni mesti la gi jalan lain tempatkan???.Seawal pagi kita orang plan nak bawa budak-budak ni pergi Zoo dekat melaka..tepat pukul 8 pagi,kita orang pun sampai kaunter pun belum buka lagi,tapi orang dah ramai beratur untuk ambil tiket.Akhirnya dapat pun masuk...best jugak yer tengok banyak binatang.Seawal pagi sampai,binatang banyak lagi yang tidur,mana taknya,masing-masing perut kenyang.































Penat dah dan puas berjalan....berjalan separuh ja,naik keta api la..nak jalan jauh sangat jimat tenaga.
Dekat zohor dah pun punya jalan,perut pun dah lapar singgah pulak ambik angin dekat Taman Tasik dekat-dekat situ jer..Lepas solat,perjalanan diteruskan ke Bandaraya Melaka,apa lagi A FAMOSA.
Ratusan orang membanjiri melaka,tempat bersejarah..ambik peluang sempena cuti umum.Dengan suasana yang panas terik,tak jadi hal punya janji puas berjalan.
Destinasi terakhir dekat MASJID TERAPUNG SELAT MELAKA...solat asar..tunggu sampai maghrib solat dekat situ.Malam pun muncul tiba,siap sedia untuk pulang.Dengan badan yang dah kusut masai masing-masing,janji puas sangat bawa jalan orang penang.Bukan senang nak mai,jauh nun disana...
Insyallah ada rezeki kita datang melaka boleh bawa lain-lain tempat lagi.Nama pun BANDARAYA BERSEJARAH,mesti banyak tempat boleh dilawati...

Image result for masjid terapung melaka

Image result for gambar masjid terapung melaka

Image result for bandaraya melaka bersejarah

Sekian Coretan percutian saya yang dikongsikan untuk semua....Jumpa Lagi































0 comments:

Post a Comment