Monday, June 8, 2015

RESEPI AYAM MADU ALA ZIRAZ...

Assalamualaikum Semua..

Sempena hujung minggu mesti para suri rumah nak sediakan juadah yang sedap-sedap dekat family kan??.Sama juga dengan saya ni,almaklum la keja dari isnin sampai sabtu (8.30pg-6ptg)..jadual yang padat,pi matahari menjelma balik bulan timbul...ok...di sini saya nak kongsikan resepi dari air tangan saya sendiri iaitu NASI AYAM MADU VERSI ZIRAZ...(dengar macam sedap jer!!!.hihihi..angkat bakul sendiri nampak.

Bahan-bahannya:

UNTUK NASI

  • Beras Basmathi ( baru nampak menyelerakan )..sukatan ikut jumlah family yang ada yer
  • Stok Air Rebusan Ayam
  • Minyak Sapi
  • Minyak Olive Oil (minyak masak lain pun boleh)
  • Halia & Bawang Merah ( Blend hingga halus)
  • Garam secukup rasa ( Kurangkan garam dalam masakan,lebihkan senyuman semasa memasak,baru sedap)


UNTUK SUP AYAM

  • Ayam 1 ekor  ( Potong 4 bahagian )
  • Halia + Bawang Merah + Bawang Putih  (Dihiris)
  • Serai 2 batang (Diketuk)
  • Kulit Kayu Manis + Buah Pelaga + Bunga Lawang 
  • Sedikit Minyak (Tak perlu banyak)
  • Kiub Pati Ayam atau Cukup Rasa
  • Garam

UNTUK SAMBALNYA

  • Cili Hidup + Cili Padi ( Saya suka pedassss)
  • Bawang Besar + Bawang Putih
  • Cuka + Garam + Gula
UNTUK KICAPNYA

  • Sedikit Kicap Pekat
  • Sedikit Kicap Manis

LAIN-LAIN BAHANNYA

  • Madu 
  • Daun Bawang 
  • Daun Sup
  • Bawang Goreng
  • Daun Pandan
  • Daun Salad + Timun + Buah Tomato
  • Sos Tiram ( jika perlu)

CARA MEMASAK...

  • Cuci beras basmathi hingga bersih dan toskan.
  • Panaskan periuk,masukkan minyak sapi dan minyak zaiton...apabila dah panas masukkan bawang dan jugak halia yang dah diblend tadi,biar hingga kekuningan.
  • Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati,kemudian masukkan stok ayam tadi.
  • Diikuti garam secukup rasa dan daun pandan...mulakan memasak nasi.
  • Masukkan minyak tunggu hingga panas,tumiskan bawang merah,bawang putih,halia & serai serta kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga hingga kekuningan.Kemudian masukkan air..tunggu hingga air mendidih masukkan ayam yang dipotong 4 tadi.Masukkan garam atau secukup rasa.Biar hingga ayam dah lembut,angkat dan ketepikan.
  • Apabila ayam kurang panas lumurkan dengan kicap pekat & sos tiram..( garam tak perlu )perap selama 30minit..Lepas tu goreng dengan api yang sederhana..Akhir sekali lumurkan ayam yang dah digoreng dengan madu ( Rasa Fresh sikit).
  • Blend cili hidup,cili padi ,bawang merah,bawang putih hingga sebati,kemudian campurkan dengan cuka ,garam & sedikit gula.
  • Campurkan Kicap Manis & kicap pekat serta sedikit air.

TARAAAA.....Selamat Mencuba....

































This entry was posted in

2 comments:

  1. sedap nya.. terliur pulak rasa nak makan tengahari ni.. =D

    ReplyDelete
  2. Mesti cuba...sedap...cehhh!!!
    Lagi pun masak sendiri puas makan.Sesetengah resepi diorang perapkan sos tiram sekali dengan madu,kemudian goreng..kali ni saya lainkan sikit,baru rasa madu dekat ayam tu fresh...selamat mencuba yer.

    ReplyDelete