Wednesday, June 10, 2015

HOBI ALA CHEF???.....CHEF LA SANGAT.

Assalamualaikum Semua...

Setiap manusia didunia ini,masing-masing punya cita-cita,serta hobi yang berbeza.Hari ni saya nak kongsikan pada teman-teman seperjuangan (cehwahhh...macam masuk tentera pulak)..Setiap hobi tu datang secara spontan jer dan hadir dalam pemikiran dan hati kita.Hobi yang sangat saya suka adalah bidang masakan.Sejak zaman sekolah lagi bidang masakan ni adalah keutamaan disekolah,almaklumla ambik bidang sains rumahtangga.
Cikgu ajar semua berkaitan alam pengurusan rumahtangga..antaranya aturan susunan perabot,menjahit baju & memasak.Hobi memasak ni tak rasa bosan,tapi lebih teruja nak pelajari macam-macam resepi..Itu cerita aktiviti disekolah.


Image result for gambar rancangan masakan


Balik rumah pulak,aktiviti lain pula menunggu,apa tu???.Rancangan kat tv la...kalau nak suruh cerita pasal filem berepisod ni,sorry la tak minat.Tapi kalau tanya pasal rancangan masakkan,insyallah boleh je.Tambah lagi masuk bulan ramadhan,siap masuk dapur awal..bukan sebab apa,dah set dalam otak ni rancangan masakan apa??,pukul berapa??,tv berapa???..dan yang bestnya siap sedia buku serta pen (nak tulis resepi)...sebelum rancangan mula,saya la orang pertama kat depan tv..time ni jangan dok kacau atau panggil yer,nu....nak fokus.

Zaman dah pun berlalu...saya pun dah berumahtangga.Sehingga sekarang hobi memasak tu tetap tersemat dalam hati saya.Bestnya saya suka mencuba sesuatu yang baru...Lagi satu setiap rancangan masakkan yang saya minati bukan ja rancangan melayu,tapi rancangan masakkan cina pun saya minat...ENTAH LA...Boleh sediakan untuk cek abang sayang..Tunggu ja bulan ramadhan nanti macam-macam program masakkan...BERSAMA CHEF AMMAR!!!.ada lagi ka...hihihi

Image result for programs masakan bulan ramadhan


Masakkan yang paling saya suka pelajari adalah jenis-jenis hidangan yang berasaskan nasi serta lauk-pauk.Setiap kali ada jer program masakkan di tv,pasti takkan ketinggalan untuk mencubanya.Walaupun permulaan tak la sesedap mana pun,tapi lama-kelamaan pasti mahir juga....Cehhh!!!
Selain hobi tentang masakkan,saya juga paling teruja untuk mengikuti tempat-tempat yang menarik untuk makan.Nak tau tempatnya??.Harga??Sedap ke tak??.Apa yang pasti,kalau nak tau sedap ke idak makanan tu mesti ler kena cuba....Betul Tak?.
Pastinya kalau nak tengok dalam program tv tentang tempat menarik untuk makan mestilah...JALAN-JALAN CARI MAKAN...
Teruja sangat first rancangan jalan-jalan cari makan yang dihoskan oleh Tengku Maria Tengku Sabri..Cara dia makan pun dah terliur...fuhhhh,perut terus terasa lapar.

Image result for program jalan-jalan cari makan tv3


Dengan itu,sekian la sahaja coretan yang dapat dikongsikan bersama tentang hobi saya.Korang pulak macam mana???.Kalau ada hobi tu tak ada salah pun,kongsi jer dengan teman-teman rapat.
Kongsi hobi tak apa,jangan kongsi lain udah.....Sekian...Jumpa Lagi







This entry was posted in

0 comments:

Post a Comment