Saturday, May 30, 2015

WAJAH MEMUKAU TAPI MULUT BERBAU...

ASSALAMUALAIKUM....Hari ni nak kongsikan tips yang berguna pada kita semua...JOM!!!

Image result for gambar mulut berbau

Bau mulut adalah satu simptom dimana membuatkan seseorang itu 
kurang keyakinan diri untuk keluar dan berjumpa dengan orang ramai.
Mungkin ramai yang terbeban dengan masalah ini tetapi buntu mencari
jalan penyelesaian.Kesannya akan menjadi seseorang itu sensitif,mudah
tersentuh hati apabila ditegur berkenaan bau mulut.

PUNCA MASALAH INI
  • KEHADIRAN BAKTERIA...Punca utama mulut berbau disebabkan pembiakkan bakteria didalamnya,ia hidup akibat lebihan makanan yang tidak dibersihkan.Bakteria hidup tanpa oksigen.Ia membiak dikawasan yang susah dibersihkan iaitu dicelah-celah gigi,gusi,plak yang melekat pada gigi serta cela rekahan lidah.
  • HIDAP SELSEMA...Alahan pada ubat atau perubahan hormon dalam badan,hingus yang terhasil mudah menjadi pekat sehingga ada yang meleleh kebahagian bawah lidah atau tonsil.
Image result for gambar orang selsema
  • SAKIT GIGI YANG TERUK...Mulut mudah berbau apabila berhadapan sakit gigi & tulang yang kronik.Penyakit tersebut mengakibatkan tulang gigi menurun serta sukar untuk dibersihkan.
Image result for gambar sakit gigi berlubang
  • KURANG AIL LIUR...Air liur berfungsi sebagai pembilas mulut semulajadi secara tidak langsung berupaya menyingkirkan cebisan-cebisan sisa makanan didalam mulut & permukaan gigi.
Image result for gambar kurang air liur

CARA ATASI 
  • BERUS GIGI SETIAP HARI...Amalan memberus gigi harus dilakukan dengan betul.Tidak cukup dengan memberus dengan berus,dinasihatkan menggunakan benang flos untuk menyingkirkan bakteria & lebihan makanan dalam mulut.
Image result for gambar berus gigi
  • BERSIHKAN LIDAH HINGGA BERSIH...Bakteria mudah bersembunyi pada rekahan lidah dan belakang lidah.Gunakan berus gigi yang mempunyai pembersih lidah dibahagian belakang pemberusnya atau pilih berus gigi yang lembut.
  • BANYAKKAN MINUM AIR SUAM...Air adalah eleman paling utama untuk mengekalkan tahap kesihatan seseorang.Dua liter sehari adalah sukatan yang terbaik.Secara tidak langsung teknik ini membuatkan mulut sentiasa basah dengan air & berfungsi meransang pengeluaran air liur dan menyekat kehadiran bakteria.
Image result for gambar kurang minum air suam

  • KUNYAH GULA-GULA GETAH...Kunyahlah gula-gula getah yang bebas kandungan gula.Mampu menyingkirkan sisa-sisa makanan yang ada dikawasan yang sukar dibersihkan.
Image result for GAMBAR KUNYAH GULAGULA GETAH

Kebersihan seharusnya menjadi keutamaan pada semua orang...terutama yang bekerja & sentiasa berhadapan dengan bisnes partner atau customer...Jadikan setiap tips yang dikongsikan sangat berguna pada semua....Amalkan yer....Insyallah.
Jap lagi saya akan kongsikan lain-lain tips pulak yer....TUNGGU!!!
















1 comment:


  1. AWAS !!
    Budak Budak Dilarang Masuk !!

    http://scalar2u.blogspot.com/2014/06/smart.html


    AWAS !!
    Budak Budak Dilarang Masuk !!
    >>> KLIK SINI <<<


    ANDA PASTI MAHUKAN INI !!
    >>> CLICK HERE !!<<<


    Lagi Gambar ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete