Monday, February 16, 2015

FAIZWORLD SUPERB..

Assalamualaikum & Selamat Malam Semua.

Tanggal 15/2/2015 (Ahad),tarikh keramat untuk saya dimana bermulanya sesi menimba ilmu dalam perniagaan yang baru saya ceburi...apa tu??.Tajuk yang akan dibentangkan oleh orang2 yang hebat..
iaitu MASTER OF SHAKLEE (Zainora,Nurul,MamiMia,Ainul) yang berlangsung diBandar Baru Bangi.Perjalanan bermula pada awal pagi dalam pukul 7.30 pagi,saya bersama mama shakleeku berangkat (adik iparku),bersama lagi 2 orang teman seperjuanganku iaitu lin & kak suzana...depa ni semua hebat-hebat tau,termasuklah adik iparku walaupun kecil jangan dipandang enteng yer...super power tu!!!

KAK SUZANA,LIN,SUHAILA & SAYA
Sesi berlangsung dalam pukul 10 pagi...excited giler keluar awal,bukan apa takut traffic jem...

faizland

Alhamdulillah dah sampai..tepat pukul 9 pagi,tapi ada lagi yang belum sampai..tak ape kita sama-sama tunggu.Sesi pun bermula dengan Zainora dulu,diketengahkan dengan tajuk kenali Shaklee dengan lebih dekat,memahami dengan lebih mendalam tentang salah- silah shaklee.
Kemudian disusuli dengan Nurul(Mamabutterfly) & Mami Mia(My Grandmother dalam group shakleeku)tentang nutrisi merangkumi organ dalaman badan kita(Jantung,Salur Darah,Paru,Sendi dan macam-macam lagi.
NURUL







MAMI MIA
Yang bestnya ada macam-macam kuiz supaya tak rasa boring sangatkan,almaklumla sejuk bebonar biliknyer rasa macam nak tidur ja...hihihi
Kuiz berkaitan tentang suplement shaklee ja.diedarkan kotak misteri dan dalamnya ada soalan yang kita kena jawab..pusing pi pusing mai,last-last kena dekat saya...(soalannya betul atau salah omega guard dapat menurunkan tahap kolesterol LDL-Ataupun kolesterol jaha??)...dijawabnya dengan penuh confident,Akhirnya dapat jugak hadiah...kwang kwang!!


DAPAT HADIAH!!!..SUPRISE

Dekat Faizworld jugak disediakan tempat bersantai untuk kanak-kanak & juga bapa budak serta disediakan kemudahan surau lelaki & perempuan.



Tepat pukul 12.00,hidangan tengahari disediakan...apa lagi bedal la perut pun dah nyanyi macam2 irama lepas makan,kita solat & kelas disambung dalam pukul 2 petang..kelas kali ni memang berbeza
dengan kelas yang sebelum ni..motivasi diteruskan dengan nurul yang mana sangat meruntun jiwa & sanubari setiap peserta yang hadir,tak dapat digambarkan dengan kata2..
Diakhir bicara kelas ilmu yang saya hadir kali ni banyak memberi kesan pada naluri saya juga pada semua yang hadir..Moga ilmu yang diberikan kali ni dapat menjadi matlamat dalam mencapai kejayaan pada masa akan datang...INSYALLAH DOAKAN YER!!!


Dipanjangkan umur insyallah kita berjumpa lagi....Bye...Bye!!!
















0 comments:

Post a Comment