Friday, February 27, 2015

KONGSI RAYA....

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita noo,alhamdulillah masih diberikan lagi waktu untuk bernafas dan diberikan peluang menambahkan lagi amalan dunia & akhirat.Tanggal 19/2/2015,bestnya nak balik kampung(Kongsi Raya Katakan)jumpa all my parents(Ayah Mak serta Mak Abah mertuaku)..teruja sangat2 dah lama tak balik rindu serindunya habaq mai.Malam pun tak rasa nak tidur terlalu excited nak balik kampung,dah macam budak2..ikut sama anak buah saya namanya DANIA (So Cute)..yang lain tak dapat ikut ada hal masing2.


KONGSI RAYA
DANIA COMEL





Seawal 6.30 pagi bertolak,kononnya nak elak jem dekat hightway,sampai ja 9.30 pagi...makkaii tersusun elok ja jem,terperangkap jugak jadinya apa nak buat bukan jalan bapa kitakan.Tapi syukur alhamdulillah sampai jugak dekat kampung dalam pukul 3petang,perut pun dah lapar,letih pun ada sampai ja ada jemputan kahwin terus g makan nasi kenduri pulak...SEDAP!!!
Tapi kali ni nak g jalan pun rasa macam malas sebab bersusun jer keta,nak buat macam mana kena harungi jugak la,nak balik rumah mak saya pulak..kali ni saya dengan suami merempit bak Awie Dengan Erra naik motor.Best jugak sekali sekala cepat ja sampai..

PERJALANANKU


Ahad pagi dah gerak nak balik Melaka,isnin dah kena masuk keja..ingatkan masa balik ja kena jalan jem,last2 kena jugak walaupun nak mengelak..apa yang saya & suami plankan tidur pulak rumah kakak ipar dekat Sungai Siput,terpaksa la tambah cuti lagi 1 hari...isnin pagi gerak balik melaka,alhamdulillah diawal pagi kurang sesak dan akhirnya sampai jugak di teratak rumahku di Taman Sri Aman...
Walaupun kepulangan kali ni sekejap ja,tapi hati dah terubat kerinduan pada Mak Ayah & Abah Mak mertuaku...insyallah dipanjangkan umur dapat berjumpa lagi...Insyallah.


FAMILY BESAR
KELUARGA PENANG

Salam Diperantauan Dari Anakmu....Cehhhh Wahhh.

0 comments:

Post a Comment