Wednesday, June 3, 2015

8 RAHSIA MENAWAN & PETUA DARI BAHAN SEMULAJADI UNTUK WAJAH..


Assalamualaikum Semua...
Blog saya sebelum ini berkongsi tentang tips ketika berpuasa..Jadi sekarang ni nak kongsikan pulak persediaan untuk menyambut syawal...Awal sangat ka???.Tak kot,cuma perlukan persediaan awal jer,nak raya  mesti la nak kelihatan perfect gitu!!!...

Kedatangan syawal dinanti penuh debaran oleh umat islam terutamanya kaum hawa.Apa taknya,dah tak sabar-sabar untuk membuat persediaan...dari pakaian ,jualan sehingga dekorasi kediaman.Dek kerana nak sambut hari raya yang sempurna,setiap wanita sanggup bersengkang mata untuk memastikkan segala persiapan berjalan lancar.

Jadual yang padat juga menyebabkan wanita kurang tidur & rehat.Akibatnya tubuh badan menjadi lesu,wajah kusam dan tidak bermaya...dah seakan mayat hidup jer...pucat lesu.Disini saya nak kongsikan beberapa tips untuk membantu tampil ceria,anggun dan bertenaga dipagi syawal.

SUPLEMENT PENUHI KEPERLUAN

Image result for GAMBAR SUPLEMEN
  • Menjelang ramadan,gaya hidup seseorang akan berubah.Tidur yang lewatdaripada biasa untuk melakukan ibadah seperti membaca al-quran,solat sunat terawih dan menghadiri majlis ilmu.
  • Agar kekal cergas dan bertenaga,digalakkan mengambil suplement seperti MULTIVITAMIN.
  • Pengambilan suplement adalah terbaik untuk membantu tubuh mendapat nutrien yang cukup.
MINUMAN AIR PUTIH

Image result for gambar minuman air putih
  • Pastikan minum air lebih dari keperluan biasa kerana sewaktu berpuasa,kulit cenderung menjadi kering dan bibir akan pecah kerana kekurangan air.Untuk mengatasinya,banyakkan minum air putih dan jus buah-buahan ketika berpuasa.
SAYURAN & BUAH-BUAHAN

Image result for GAMBAR SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana kandungan khasiat didalam makanan ini dapat membantu mencantikkan kulit,disamping memenuhi keperluan tubuh.
BUAH KURMA

Image result for gambar buah kurma segar
  • Amalkan makan buah kurma kerana ia membekalkan tenaga yang berterusan pada tubuh badan.
MINUMAN BERAIS

Image result for gambar minuman berais

  • Kurangkan pengambilan minuman berais dan elakkan minuman berkarbonat.Dua jenis minuman ini akan membuat kita cepat haus dan badan menjadi lemah.
BERSAHUR

Image result for gambar bersahur
  • Latihkan diri bangun bersahur..Seandainya tidak berselera makan diawal pagi,gantikan dengan makanan berat dengan menu ringkas yang penuh nutrien seperti bijirin...Antaranya emping jagung & oat.
PENJAGAAN DIRI

Image result for gambar penjagaan diri
  • Jangan abaikan penjagaan diri,selain disiplin diterapkan dengan regim asas kecantikkan iaitu membersih,menyegar dan melembap.
  • Kerap menyapu losyen pada kulit terutama golongan yang bekerja dalam bilik penghawa dingin.Ia dapat mengelakkan kulit menjadi kering serta mengelupas.
SPA

Image result for gambar spa


  • Seminggu sebelum raya,luangkan masa merawat tubuh badan dan wajahdi spa.

PETUA WAJAH DARI ALAM SEMULAJADI.

  • Untuk wajah yang berseri dan bersinar,amalkan makan kelopak bunga mawar merah setiap hari.
Image result for gambar bunga mawar yg indah
  • Air rebusan inai jugak dapat mengatasi wajah yang pucat.Inai jugak sangat berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan dalaman wanita.
Image result for gambar daun inai
  • Tekap mata dengan uncang teh selama 10 minit.Petua ini dapat menyegarkan mata dan menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata.
Image result for gambar uncang teh
  • Seandainya mengalami masalah rambut kering dan gugur,ramas daun bunga raya sehingga keluar lendir.Tapis dan buang hampasnya .Sapu pati lendir tadi pada kulit kepala dan rambut.Kemudian balut kepala dengan tuala selama 10 minit.Hasilnya rambut kelihatan sihat serta kulit kepala terasa segar.
Image result for gambar bunga raya
  • Lenyekkan tomato hingga lumat.Lumur pada wajah dan biar hingga kering.Kemudian bilas dengan air bersih.Masker semulajadi ini akan membuatkan wajah licin,lembut dan sekata.
Image result for gambar buah tomato
  • Agar bibir merah bak delima,sapukan madu pada bibir setiap malam sebelum tidur.Bangun pagi terus cuci bibir dengan menggunakan hirisan limau.
Image result for gambar madu
  • Kulit badan pun adalah aset kecantikkan juga..Untuk kulit yang cerah dan kemerahan,gosok setiap inci tubuh dengan menggunakan hampas kelapa.Ia akan menanggalkan daki  dan membuatkan kulit lembut serta lembap.
Image result for gambar ampas kelapa

















9 TIPS KETIKA BERPUASA....TAK LAMA DAH!!!...dah sedia???

Assalamualaikum Semua...

Insyallah tanggal  18 Jun 2015 (Bersamaan 1 Ramadan) semua umat islam akan menyambut kedatangan ramadan Al-Mubarak..iaitu berpuasa selama sebulan...Bestnya,dah terasa bahangnya...Alhamdulillah dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh barakhah.Moga dapat diberikan kesihatan yang terbaik supaya dapat menambah baik lagi amalan untuk bekalan ke sana...Amin.

Dengan itu saya nak kongsikan pada semua TIPS KETIKA BERPUASA..

Puasa hukumnya wajib pada semua umat islam dan mestinya badan harus nampak segar & bertenaga.
Bagaimana caranya,sedangkan kita tidak makan mahupun minum seharian??.Ikuti tips ini..

Image result for gambar wajah ceria bulan ramadhan


  • Sambutlah ramadan dengan senang hati yang mana mempengaruhi pada kualiti puasa kita.Dalam keadaan senang hati,hormon epinefrin,endorphin dan aktiviti glucagon meningkat sehingga tubuh menjadi lebih kuat untuk berpuasa.

Image result for gambar wajah ceria bulan ramadhan


  • Jangan tinggalkan sahur kerana ia merupakan salah satu rangkaian dalam ibadah puasa yang amat penting.Ketika berpuasa,tubuh kita tidak lagi mendapat gizi lebih dari 14jam.Untuk itu,sel-sel tubuh sangat memerlukan gizi dan tenaga dalam jumlah yang mencukupi.

Image result for gambar selamat bersahur

  • Berbuka dengan kurma dan air madu untuk menambahkan kadar gula dalam darah dengan cepat.Kemudian terus menunaikan solat sebelum bersambung menikmati juadah yang lebih berat pula.

Image result for gambar kurma dan air madu

  • Hindari berbuka dengan minuman sejuk kerana ia akan menyebabkan perjalanan darah tidak berada dalam keadaan optimum.

Image result for gambar minuman sejuk

  • Kunyah makanan dengan baik agar proses pencernaan menjadi lebih mudah dan ringan.Cuba kunyah makanan sebanyak 33kali sebelum menyuap makanan yang lain pulak.

Image result for gambar kunyah makanan

  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak,makanan yang diawetkan,penambah perisa,minuman bergas dan bahan masakan yang tajam seperti cuka,cili, ataupun asam.

Image result for gambar makanan pedas

  • Latihkan diri untuk minum banyak air putih atau air madu untuk melancarkan perjalanan darah dan mencegah dehidrasi.

Image result for gambar minuman air putih

  • Jangan tinggalkan olahraga..Berpuasa tak bermaksud terus berhenti menjalani aktiviti olahraga seperti biasa.Solat tarawih juga merupakan satu aktiviti yang dapat memelihara kecergasan tubuh badan kita.

Image result for gambar bersukan

  • Kendali emosi..(iya lakan ,bila berpuasa perut kosong,datanglah macam-macam ujian pada kita,mula la nak naik angin jer...tak mau-tak mau tak baik dik oiii).Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan nafsu...Jadi kawal la emosi sebaik mungkin dan banyakkan bersabar.

Image result for gambar emosi



Dengan tips yang dikongsi ni dapat memberi sedikit persediaan untuk semua menyambut kedatangan ramadan...










Tuesday, June 2, 2015

8 PEMAKANAN JEJASKAN DIET LELAKI???.IYE KA....


Assalamualaikum Semua..
Nak kongsi sedikit untuk Para Kaum Adam yang ingin mengamalkan DIET MAKANAN..
Ada 8 makanan yang jejaskan  diet para kaum adam....AWAS!!!

Image result for gambar diet sihat

Meskipun setiap orang punyai bentuk badan yang berbeza,namun si kurus yang berusaha menambahkan berat badan.Tapi si gempal pula yang ingin menurunkan berat badan,aspek pemakanan perlu dititik beratkan.Untuk tampil sihat perlulah mengelakkan pengambilan beberapa makanan & minuman yang menjejaskan diet seseorang dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit.
Ok...disini terdapat 8 jenis makanan & minuman  yang perlu dielakkan oleh para kaum adam..

MINUMAN BERGAS
  • Minuman bergas sejuk,segar,manis membuatkan seseorang itu ketagihan ( bukan ketagih benda terlarang yer).Kebanyakkan minuman bergas ini mengandungi kandungan kafein yang tinggi.
  • Minuman bergas ini sebenarnya tidak mempunyai khasiat pun.Dari itu perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian.
  • Tambahkan dengan pengambilan air serta jus buah-buahan jika memerlukan gula.
Image result for gambar minuman bergas

MINUMAN KEDAI KOPI.
  • Kopi juga mempunyai kandungan kafein yang tinggi.Sama ada kopi o atau kopi susu rendah lemak.Kebanyakkan kopi dikedai sekarang banyak mengandungi krimer,gula, dan penambah perisa lain.
  • Sekiranya seseorang itu perlukan kafein,tambahkan sedikit susu,krimer atau gula mengikut sukatan yang betul.
Image result for minuman kopi

PRODUK  KAYA TEPUNG
  • Patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya..
  • Tepung yang diperkaya adalah bermaksud,tepung tersebut sudah mengalami proses "bleached" dan kehilangan khasiat yang sebaiknya.Terbaik pilih lah roti yang penuh dengan gandum dan pasta.
Image result for gambar produk berasaskan tepung

ROTI DAN KEK
  • Roti keju dan muffin bukan yang terbaik untuk diet harian.Saiz makanan tersebut kadangkala diluar kawalan (Betul-betul,makan tak ingat dunia...hihihi).Kebanyakkan makanan seperti ini mengandungi tepung yang diperkaya dengan gula dan lemak tepu yang tinggi.
  • Sesetengah produk tertulis "tanpa lemak tepu" pada label makanan,harus diperiksa terlebih dahulu kandungan nutrisi makanan tersebut.Yang terbaik periksa kandungan bahan-bahannya yang digunakan.
Image result for gambar roti dan kek

MAKANAN / MINUMAN SEGERA
  • Zaman sekarang ni pelbagai minuman serta makan segera ada dipasaran.Makanan dan minuman jenis ni lah yang paling banyak dibeli oleh masyarakat umum disebabkan jadual harian yang padat.Makanan dan minuman inilah yang punyai rasa sedap dan lazat,namun kebanyakkan makanan segera mempunyai kandungan garam serta penambah perisa yang tinggi.
  • Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ,tubuh tidak dapat mengawal kandungan garam,gula dan krimer dalam badan.Ia juga boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa yang panjang.
  • Mengawal makanan atau minuman  seperti ini atau yang terbaik mengelak kerana kebanyakkan punyai kandungan kalori yang tinggi.
Image result for gambar makanan dan minuman segera


MAKANAN DALAM TIN
  • Kebanyakkan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi.Begitu juga kandungan garam didalamnya.Walaupun makanan dalam tin sangat berguna ketika kecemasan  atau darurat,tetapi jangan dijadikan ia sebagai makanan harian (Tak elok..tak mau tak mau).
Image result for gambar makanan dan minuman dalam tin

MAKANAN DIGORENG
  • Setiap makanan yang digoreng mengandungi kalori tersembunyi (takutnya!!).Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak,atau makanan digoreng dengan mentega atau telur.Oleh itu kurangka yer..
  • Seandainya teringin sangat nak makan makanan bergoreng,bolehlah goreng sendiri dirumah,supaya minyak yang digunakkan adalah yang terbaik.
  • Image result for gambar makanan bergoreng

Kesihatan umum pada diri amatlah penting dalam kehidupan..Dietlah dengan mengamalkan cara terbaik & seimbang...Barulah sihat...BETUL TAK???.























7 PETUA HILANGKAN JERAGAT DIWAJAH

Duit pun dah habis beratus-ratus,tapi JERAGAT ATAU PIGMENTASI tak jugak hilang malah tak juga berkurang....Stresss!!!!.
Malah kulit wajah menjadi semakin gelap & jeragat semakin merebak seluruh wajah...SEDIH!!!

Image result for gambar jeragat di muka

Jangan sedih...memang kadang-kalanya produk dan perawatan wajah yang ada dijual dipasaran tidak sesuai.Mungkin sesetengah kulit memerlukan perawatan semulajadi dengan menggunakan manfaat bahan alam.Jom saya nak kongsikan beberapa petua yang boleh dipakai guna untuk sesiapa yang alami masalah JERAGAT.

GETAH BAWANG PUDARKAN PIGMENTASI
Selain dijadikan rencah dalam masakan,bawang juga sangat berguna untuk rawatan masalah kecantikkan yang dihadapi oleh wanita.

  • CARANYA...Belah bawang merah kepada 2 bahagian.Kemudian secara perlahan-lahan gosok bawang pada bahagian wajah yang berjeragat.Lakukan 2 kali sehari..insyallah jeragat atau pigmentasi akan semakin pudar.
Image result for gambar bawang merah
MANFAAT BERAS & KUNYIT
  • Ambil setengah gengam beras,kemudian rendam semalaman.Toskan dan tumbuk sehingga halus bersama 1 sentimeter kunyit hidup.Gaulkan bahan tersebut dengan putih telur dan sedikit air perahan lemon ataupun limau nipis.Sapukan pada muka sebagai masker serta lakukan setiap hari agar mendapat hasil yang memuaskan.
Image result for gambar beras

Image result for gambar kunyit hidup

KULIT PISANG BERANGAN BUAT KULIT SEKATA
  • Sapukan pada wajah dengan kulit pisang berangan.Gosok perlahan-lahan pada bahagian dalam kulit,lakukan sekerap mungkin.Petua ini membolehkan jeragat berkurangan malah kulit wajah akan menjadi sekata.
Image result for gambar kulit pisang

HAMPAS KELAPA MENCERAHKAN
  • Hampas kelapa jangan dibuang sebaliknya digunakan untuk merawat wajah & tubuh.Gosok pada wajah yang bermasalah  setiap kali mandi,hasilnya jeragat akan beransur hilang.Malah hampas kelapa juga boleh digunakan untuk menggosok tubuh.Ia akan membuatkan kulit lebih bersih,lembut,halus & cerah.
Image result for gambar ampas kelapa

SUSU TEPUNG MELEMBAPKAN
  • Jeragat sangat mudah menyerang pada seseorang yang punyai kulit wajah yang kering.Bagi mengatasinya minum air secukupnya dan gunakan bedak atau krim yang punyai pelindungan matahari.
  • Bancuh sesudu susu tepung dengan air perahan limau nipis.Jadikan masker,sapu rata pada seluruh wajah.Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.
Image result for gambar susu tepung

KHASIAT SIRIH MUDA
  • Petik beberapa helai daun sirih muda,simpan didalam peti sejuk.Setiap pagi gosokkan wajah yang punyai jeragat dengan sehelai daun sirih muda.Lakukan sehingga jeragat berkurangan & ia juga dapat membuatkan kulit lebih halus.
Image result for gambar sirih muda

KULIT KAYU MANIS LICINKAN WAJAH
  • Asah kulit kayu manis dengan menggunakan belakang lesung batu dan campurkan air kulit kayu manis dengan bedak sejuk,sapukan pada seluruh wajah.Sapukan nipis-nipis pada bahagian yang punyai masalah jeragat atau pigmentasi.
  • Manfaatnya,jeragat akan kecut,berkurangan,parut akan hilang dan menjadi lebih licin.

Image result for gambar kulit kayu manis


Tu dia....moga dengan perkongsian yang dikongsi ni,dapat memberi sedikit sebanyak pada semua wanita-wanita yang mencari penyelesaian untuk menghilangkan jeragat yang membelenggu sudah sekian lama...Jangan dipandang remeh yer...petua orang-orang tua...Moga mendapat wajah yang diidamkan..

SELAMAT MENCUBA...


Image result for GAMBAR WAJAH MEMIKAT