Sunday, May 31, 2015

7 TIPS KEMPISKAN PERUT BUNCIT

Ada siapa-siapa yang punyai masalah perut buncit???.Boroi???....Sila angkat tangan...ok hari ni nak kongsikan sedikit sebanyak tentang permasalahan tersebut...Jom kita tengok tips-tipsnya.

Image result for gambar perut buncit

Perut buncit adalah masalah yang sering dihadapi oleh wanita & juga lelaki.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah sedemikian.Antaranya amalan gaya hidup tidak sihat seperti gemar makanan ringan dan kurang senaman.Masalah ini juga sering membelenggu wanita selepas melahirkan cahayamata.
Harus diakui perut buncit mencacatkan penampilan & membuatkan seseorang berasa rendah diri juga mengalami masalah ketika memilih pakaian.Jangan susah hati,masalah perut buncit bukanlah masalah rumit.Ia dapat diselesaikan dengan mendisiplinkan diri.

Jom Kita Tengok Apa Tips-tipsnya....ADA 7 TIPS.

GANTIKAN MINUMAN MANIS DENGAN AIR PUTIH
  • Kebanyakkan kita lebih gemar memilih minuman manis berbanding air putih.Minuman manis akan membuatkan berat badan meningkat & mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis.
  • Elakkan minuman manis terutamanya minuman berkarbonat,lebihkan minuman air putih.Ia dapat membantu melancarkan pencernaan terutama yang ada masalah sembelit.
  • Amalkan minuman air suam yang banyak & tinggalkan minuman berais.
Image result for gambar air minuman

KUNYAH MAKANANDENGAN SEMPURNA.
  • Ketika menjamu selera,kunyah makanan perlahan-lahan sehingga hancur.
  • Tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung didalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menjadikan perut buncit.
  • Makanan yang tidak dikunyah sehingga halus juga tidak dapat dicerna dengan sempurna akan menyebabkan proses kembung perut berlaku.
Image result for gambar kunyah makanan

KURANGKAN GARAM DALAM MAKANAN
  • Selain mengurangkan garam,elakkan juga penggunaan serbuk perasa.
  • Garam yang banyak akan menambahkan ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan.
  • Perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang ada & menyebabkan perut buncit.
Image result for gambar garam dalam makanan

TINGKATKAN PENGAMBILAN MAKANAN PENUH SERAT.
  • Banyakkan pemakanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran & buah-buahan,supaya dapat membantu melancarkan proses pencernaan.
  • Amalan ini dapat mengatasi masalah perut buncit kerana najis dapat dibuang secara teratur.
Image result for makanan penuh serat

ATASI SEMBELIT
  • Sembelit akan menyebabkan perut mengumpul gas berlebihan dan lemak.Akibatnya perut sering berasa kembung & buncit.
  • Untuk mahukan cara natural amalkan makan buah prun & oren.
Image result for gambar masalah sembelit

SENAMAN 
  • Lakukan senaman secara konsisten sekurangnya 3 kali seminggu.
  • Senaman dapat membantu meningkatkan metabolisme seterusnya membakar lemak dari tubuh.
  • Senaman khusus untuk mengempiskan perut  adalah KEMPISKAN PERUT 60 SAAT & LEPASKAN.
Image result for gambar senaman kempiskan perut

PAKAIAN PELANGSINGAN
  • Pakai pakaian pelangsingan atau bengkung.Ia dapat menyokong bahagian perut dan membantu mengatasi masalah perut buncit...Tapi jangan memilih bengkung yang terlalu ketat,saiz yang sesuai akan membuatkan keadaan selesa.
Image result for gambar badan langsing

Haaa....tu dia tips-tips yang membina untuk semua yang ingin mengempiskan perut buncit dan memiliki badan yang sihat..
Jom pakat-pakat jaga kesihatan dengan sempurna...tak lama lagi nak raya ni,tak nak pakai baju cantik ka????


Image result for gambar ok































Saturday, May 30, 2015

WAJAH MEMUKAU TAPI MULUT BERBAU...

ASSALAMUALAIKUM....Hari ni nak kongsikan tips yang berguna pada kita semua...JOM!!!

Image result for gambar mulut berbau

Bau mulut adalah satu simptom dimana membuatkan seseorang itu 
kurang keyakinan diri untuk keluar dan berjumpa dengan orang ramai.
Mungkin ramai yang terbeban dengan masalah ini tetapi buntu mencari
jalan penyelesaian.Kesannya akan menjadi seseorang itu sensitif,mudah
tersentuh hati apabila ditegur berkenaan bau mulut.

PUNCA MASALAH INI
  • KEHADIRAN BAKTERIA...Punca utama mulut berbau disebabkan pembiakkan bakteria didalamnya,ia hidup akibat lebihan makanan yang tidak dibersihkan.Bakteria hidup tanpa oksigen.Ia membiak dikawasan yang susah dibersihkan iaitu dicelah-celah gigi,gusi,plak yang melekat pada gigi serta cela rekahan lidah.
  • HIDAP SELSEMA...Alahan pada ubat atau perubahan hormon dalam badan,hingus yang terhasil mudah menjadi pekat sehingga ada yang meleleh kebahagian bawah lidah atau tonsil.
Image result for gambar orang selsema
  • SAKIT GIGI YANG TERUK...Mulut mudah berbau apabila berhadapan sakit gigi & tulang yang kronik.Penyakit tersebut mengakibatkan tulang gigi menurun serta sukar untuk dibersihkan.
Image result for gambar sakit gigi berlubang
  • KURANG AIL LIUR...Air liur berfungsi sebagai pembilas mulut semulajadi secara tidak langsung berupaya menyingkirkan cebisan-cebisan sisa makanan didalam mulut & permukaan gigi.
Image result for gambar kurang air liur

CARA ATASI 
  • BERUS GIGI SETIAP HARI...Amalan memberus gigi harus dilakukan dengan betul.Tidak cukup dengan memberus dengan berus,dinasihatkan menggunakan benang flos untuk menyingkirkan bakteria & lebihan makanan dalam mulut.
Image result for gambar berus gigi
  • BERSIHKAN LIDAH HINGGA BERSIH...Bakteria mudah bersembunyi pada rekahan lidah dan belakang lidah.Gunakan berus gigi yang mempunyai pembersih lidah dibahagian belakang pemberusnya atau pilih berus gigi yang lembut.
  • BANYAKKAN MINUM AIR SUAM...Air adalah eleman paling utama untuk mengekalkan tahap kesihatan seseorang.Dua liter sehari adalah sukatan yang terbaik.Secara tidak langsung teknik ini membuatkan mulut sentiasa basah dengan air & berfungsi meransang pengeluaran air liur dan menyekat kehadiran bakteria.
Image result for gambar kurang minum air suam

  • KUNYAH GULA-GULA GETAH...Kunyahlah gula-gula getah yang bebas kandungan gula.Mampu menyingkirkan sisa-sisa makanan yang ada dikawasan yang sukar dibersihkan.
Image result for GAMBAR KUNYAH GULAGULA GETAH

Kebersihan seharusnya menjadi keutamaan pada semua orang...terutama yang bekerja & sentiasa berhadapan dengan bisnes partner atau customer...Jadikan setiap tips yang dikongsikan sangat berguna pada semua....Amalkan yer....Insyallah.
Jap lagi saya akan kongsikan lain-lain tips pulak yer....TUNGGU!!!
















Wednesday, May 27, 2015

MASUK SUPER IDOL....???...GLAMOUR UOLLSSS


Assalamualaikum semua.

Kenangan disepanjang menjadi SID yang sangat menggembirakan & tak dapat saya lupakan adalah perjumpaan dikalangan group2 SUPERMOM IDOL yang berlangsung diPenang...dimana tu???.
Kelab Golf Resort Bertam,Pulau Pinang.
Image result for picture kelab golf bertam kepala batas pulau pinang
KELAB GOLF RESORT

Tapi jangan salah tafsir pulak bukannya nak pi main golf pun,pegang batang penyapu boleh la.
Bukan jugak masuk pertandingan menyanyi..dengar nama IDOL ngah sangat nooo.
Perjalanan bertolak dari melaka seawal pagi takut sesak traffic jem.Balik dengan suami serta family adik ipar..dalam perjalanan tu terbayang macam2 difikiran,nak jumpa semua dengan
otai2 dari penang mesti semuanya power2.Tapi saya ni sid biasa ja,baru menapak katakan..
Apapun dengar nasihat mami mia,dalam apa jua perkara nak buat mesti berfikiran positif.
Baru semua menjadi...insyallah.Keluar ja dari tol bertam mula la mencari destinasi nak dituju,
tapi tercari2 ja tak jumpa.Padahal saya orang sana tapi tak tau jalan (apa raaa,kata orang penang).
Sampai ja di golf resort pendaftaran bermula..ada lagi yang belum sampai...tunggu!!!
Masa pendaftaran kami diberi cenderahati yang sangat cantik...jap ehhh


Taraa....cantik tak???.Sebagai kenangan..tepat pukul 9.30pagi (kalau tak silap la)..dah lama lupa.
Sesi suai kenal serta diadakan berbagai kuiz mengenai shaklee.Yang bestnya diadakan pertandingan kuiz,kena jawab soalan.Ada kotak misteri diagihkan mengikut alunan lagu,bila stop ja lagu & serta merta jika kotak yang diagihkan tadi berhenti dihadapan kena la jawab soalan yang ada di dalamnya...
Last2 kena jugak dekat saya...soalan yang saya dapat ( Berikan 6 Cawangan Shaklee Dimalaysia??)...tergagap dik non oiii,ada yang ingat ada yang lupa..almaklum la nervous.Akhirnya dapat la jugak hadiah sebagai kenangan.


Tapi semestinya sangat best,semua otai2 tak lokek berkongsi ilmu terbaik..segala ilmu yang dapat dijadikan sebagai MENTOR..serta dijadikan pembakar semangat untuk meneruskan legasi dalam shaklee...Terima Kasih MAMI MIA,MASTER HADHATINA,MASTER ANITA....Dan semua yang hadir..



Semoga kita dapat berjumpa lagi....Next Episod....

























Tuesday, May 26, 2015

KENAPA SHAKLEE???..BUKAN BISNES LAIN...

Dulu tak tahu pun apa shaklee & tak pernah nak ambik tau pun semua tu...Bukan apa dok nampak macam -macam segala mak nenek produk yang bersepah sana sini.
Boleh putih,boleh kurus,boleh....dan...boleh...boleh,macam-macam dalam masa yang singkat dah nampak hasil serta kesannya.Almaklum la tak ada pengetahuan yang meluas,kira nampak apa pun & orang cerita semuanya nak cuba.Semua nak kesan yang cepat.
Orang yang pertama kenalkan apa itu shaklee adalah adik ipar saya.Beliau dah lama menjadi sid shaklee yang berjaya.Dalam masa yang sama dengan kuasa allah,suami saya sakit (Suspek Jantung).
Dari situ saya & suami diperkenalkan dengan suplement yang pertamanya iaitu CQ HEALTH.
Bermula la episod dimana saya terjebak & minat tentang shaklee.
Sebab apa saya pilih Bisnes Shaklee & Bukan bisnes lain...ada 5 SEBAB.
(PART TIME ATAU FULL TIME)
Image result for gambar menjana pendapatan dengan shaklee
CASH BONUS 

MENGUBAH TARAF HIDUP.
  • Untuk bebaskan diri dari segala hutang,tak kira la hutang kereta,hutang rumah,,dll
  • Memberi keselesaan sepanjang waktu..maksudnya tak terikat dengan waktu (Asyik kat office)
  • Menyediakan keselesaan & dapat menguruskan kebajikan anak-anak terutama ke sekolah.
  • Dalam masa yang sama meringankan bebanan suami (kesian..sapa yang tak syg oiii)
MEMBANTU IBU & AYAH
  • Bawa Mak & Ayah mengerjakan umrah atau menunaikan haji.
  • Melancong ke mana saja tempat yang ingin mereka lawati.
  • Memberi keselesaan terbaik untuk mereka dalam apa jua serta kesihatan mereka.
MEMBANTU ORANG RAMAI
  • Memperkenalkan pada semua orang sekeliling tentang kebaikkan suplement untuk kesihatan umum.
  • Supaya semua orang sentiasa sihat.
  • Boleh menjana pendapatan,terutamanya suri rumahtangga..(duit poket tak nak ka??)
BISNES SHAKLEE PUNYA MENTOR
  • Bisnes yang terbaik dimana mendekatkan diri pada Allah & bukan sebaliknya.
  • Sebab itu sangat penting untuk memilih BISNES SHAKLEE!!
PELUANG PEMASARAN YANG ADIL & PATUH SYARIAH
  • Dalam bisnes shaklee,semua pengedar berhak untuk mendapat bonus serta peluang bercuti
  • tak kira dalam negara mahu pun luar negara.Yang paling utama bisnes shaklee adalah MLM SYARIAH.
Sekian coretan serba sedikit tentang JATUH CINTA PADA BISNES SHAKLEE
Jumpa lagi....

Image result for gambar menjana pendapatan dengan shaklee
Image result for gambar menjana pendapatan dengan shaklee













MENGAMALKAN & TERUS JATUH CINTA...SAYA ADALAH PENGEDARNYA!!


ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Terlebih dahulu izinkan hamba memperkenalkan diri yer.. (cewahhh...dah mcm zaman kesultanan pulak)!!
Saya AZIRAWATI KHALID ,ID 1090485.Merupakan Pengedar Sah Shaklee & jugak SID (Shaklee Independent Distributor) yang diikhtiraf oleh pihak shaklee.
Sebarang pertanyaan mahupun inginkan hikmat pembelian,jangan malu atau segan boleh jer Call/Whatsup/Pm pada saya (011-12296203),insyallah akan diberikan perkhidmatan sebaiknya.
Cod Area saya Masjid Tanah (Tmn Sri Aman),Kuala Sungai Baru,Pengkalan Balak,Sungai Udang serta kawasan seangkatannya.

THIS IS MY CARD (Speaking London Jap)

Pada kawasan yang tidak disenaraikan tu,jangan risau penghantaran pos disediakan (Posmen kan Ada)..dan pada kawasan berhampiran akan saya cod sendiri sampai ke muka pintu..(Bukan muka buku yer).
Sayangilah diri sendiri..Hidup Sihat Kehidupan Ceria...Keluarga Bahagia..
Amalkan Pemakanan Suplement yang berasaskan Alam Semulajadi...

HALAL & MESRA ALAM

MACAM-MACAM ADA....TERBAIK!!































Monday, May 25, 2015

PENGASAS SHAKLEE TERHEBAT...DR.FORREST C.SHAKLEE



Assalamualaikum Semua.

Bila semua orang sebut ja pasal suplement shaklee,semestinya ramai yang tahu tentang kehebatannya yang sudah lama menapak sejak kurun lamanya.Selama tempoh lebih 5 dekat..dimana shaklee menerajui barangan & produk kesihatan berasaskan alam semulajadi.


DR.FORREST C.SHAKLEE

Siapakah Dr.Forrest C Shaklee???.
Beliau yang mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956.Dan percaya bahawa Alam Semulajadi & Sains terbaik digabungkan sebagai penawar serta dapat memelihara kesihatan manusia.




Salah Silah Dr.Forrest C.Shaklee
Dilahirkan pada November Di Carlisle,Lowa..waktu dilahirkan,beliau disahkan mengidap penyakit (TUBERCULOSIS)iaitu batuk kering.Dan doktor meramalkan bahawa jangka hayatnya sehingga berumur 8 tahun sahaja..Akhirnya keluarga beliau membuat keputusan untuk berpindah ke utara lowa untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.Apabila remaja,doktor yang merawatnya mengatakan penyakitnya dalam keadaan terkawal.
Kemudian beliau mendaftar masuk ke Palmer Scool Of Chiropractic yang diketui oleh B.J.PALMER.
Pembelajaran mengenai Ilmu Sains Alam Sekitar.Akhirnya beliau amat teruja tentang nutrisi.
Dan pada tahun 1915,beliau telah mencipta "Vitalized Mineral" merupakan multivitamin pertama dunia.Dan kini multivitamin tersebut dikenali "Vita-Lea".

Image result for pengasas shaklee
 DAHULU













SEKARANG




















Pada tahun 1956,beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation merupakan syarikat jualan langsung pertama dunia.Terletak di Pleasanton,California bukan sekadar pusat operasi,malah adalah sebagai simbolik kepada falsafah yang diutamakan oleh shaklee.



















Akhirnya dengan pelbagai kajian yang dibuat,keluarga shaklee telah berjaya menjadikan konsep direct selling atau jualan langsung produk suplement menjadi terkenal pada masa kini.
Semuanya disebabkan dengan keyakinan Dr.Shaklee tentang Kuasa Penyembuhan & Falsafah beliau.
                            





















Sunday, May 24, 2015

MENCARI ILMU HINGGA KEMUNCAKNYA

Assalamualaikum semua..
Petang-petang ni sempat lagi nak tulis blog yer...Hari ni berkesempatan bersama group2 GMF
Faraha,suhaila,che za,lin & mai untuk menimba ilmu buat blog..
Cikgunya mesti la MAMI MIA,walaupun berapa org ja yang hadir tapi ok sangat happy giler,tambahan pulak dengan hadirnya che za yg menggamatkan suasana..
Yang pentingnya setiap apa yang diajar hari ni dapat menaikkan lagi semangat untuk berkongsi kebaikkan pada semua orang.


kelas blog


Ewahhh....cun tak semua ni???.Hihihi,angkat bakul sendiri nampak...ada lagi yang join hari ni..


Ha....ni la Mami Mia & yang gempak gitu!!! tak lain tak bukan che za in the house...
Belajar-belajar jugak,tapi perut kena isi..temanya potluck,pakat-pakat bawa menu masing2..
yang penting meriah dek nuunnn oiii.

makanan melayu

Selesai ja makan sampai kenyang...solat....kelas blog pun disambung sampai la ke penghujungnya
tamat pkl 5 ptg.Moga segala info yang dipelajari hari ni memberi manfaat pada kami semua...
Dipanjangkan umur insyallah bertemu kita lagi....waalaikumsalam.