Tuesday, May 26, 2015

KENAPA SHAKLEE???..BUKAN BISNES LAIN...

Dulu tak tahu pun apa shaklee & tak pernah nak ambik tau pun semua tu...Bukan apa dok nampak macam -macam segala mak nenek produk yang bersepah sana sini.
Boleh putih,boleh kurus,boleh....dan...boleh...boleh,macam-macam dalam masa yang singkat dah nampak hasil serta kesannya.Almaklum la tak ada pengetahuan yang meluas,kira nampak apa pun & orang cerita semuanya nak cuba.Semua nak kesan yang cepat.
Orang yang pertama kenalkan apa itu shaklee adalah adik ipar saya.Beliau dah lama menjadi sid shaklee yang berjaya.Dalam masa yang sama dengan kuasa allah,suami saya sakit (Suspek Jantung).
Dari situ saya & suami diperkenalkan dengan suplement yang pertamanya iaitu CQ HEALTH.
Bermula la episod dimana saya terjebak & minat tentang shaklee.
Sebab apa saya pilih Bisnes Shaklee & Bukan bisnes lain...ada 5 SEBAB.
(PART TIME ATAU FULL TIME)
Image result for gambar menjana pendapatan dengan shaklee
CASH BONUS 

MENGUBAH TARAF HIDUP.
  • Untuk bebaskan diri dari segala hutang,tak kira la hutang kereta,hutang rumah,,dll
  • Memberi keselesaan sepanjang waktu..maksudnya tak terikat dengan waktu (Asyik kat office)
  • Menyediakan keselesaan & dapat menguruskan kebajikan anak-anak terutama ke sekolah.
  • Dalam masa yang sama meringankan bebanan suami (kesian..sapa yang tak syg oiii)
MEMBANTU IBU & AYAH
  • Bawa Mak & Ayah mengerjakan umrah atau menunaikan haji.
  • Melancong ke mana saja tempat yang ingin mereka lawati.
  • Memberi keselesaan terbaik untuk mereka dalam apa jua serta kesihatan mereka.
MEMBANTU ORANG RAMAI
  • Memperkenalkan pada semua orang sekeliling tentang kebaikkan suplement untuk kesihatan umum.
  • Supaya semua orang sentiasa sihat.
  • Boleh menjana pendapatan,terutamanya suri rumahtangga..(duit poket tak nak ka??)
BISNES SHAKLEE PUNYA MENTOR
  • Bisnes yang terbaik dimana mendekatkan diri pada Allah & bukan sebaliknya.
  • Sebab itu sangat penting untuk memilih BISNES SHAKLEE!!
PELUANG PEMASARAN YANG ADIL & PATUH SYARIAH
  • Dalam bisnes shaklee,semua pengedar berhak untuk mendapat bonus serta peluang bercuti
  • tak kira dalam negara mahu pun luar negara.Yang paling utama bisnes shaklee adalah MLM SYARIAH.
Sekian coretan serba sedikit tentang JATUH CINTA PADA BISNES SHAKLEE
Jumpa lagi....

Image result for gambar menjana pendapatan dengan shaklee
Image result for gambar menjana pendapatan dengan shaklee













MENGAMALKAN & TERUS JATUH CINTA...SAYA ADALAH PENGEDARNYA!!


ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Terlebih dahulu izinkan hamba memperkenalkan diri yer.. (cewahhh...dah mcm zaman kesultanan pulak)!!
Saya AZIRAWATI KHALID ,ID 1090485.Merupakan Pengedar Sah Shaklee & jugak SID (Shaklee Independent Distributor) yang diikhtiraf oleh pihak shaklee.
Sebarang pertanyaan mahupun inginkan hikmat pembelian,jangan malu atau segan boleh jer Call/Whatsup/Pm pada saya (011-12296203),insyallah akan diberikan perkhidmatan sebaiknya.
Cod Area saya Masjid Tanah (Tmn Sri Aman),Kuala Sungai Baru,Pengkalan Balak,Sungai Udang serta kawasan seangkatannya.

THIS IS MY CARD (Speaking London Jap)

Pada kawasan yang tidak disenaraikan tu,jangan risau penghantaran pos disediakan (Posmen kan Ada)..dan pada kawasan berhampiran akan saya cod sendiri sampai ke muka pintu..(Bukan muka buku yer).
Sayangilah diri sendiri..Hidup Sihat Kehidupan Ceria...Keluarga Bahagia..
Amalkan Pemakanan Suplement yang berasaskan Alam Semulajadi...

HALAL & MESRA ALAM

MACAM-MACAM ADA....TERBAIK!!































Monday, May 25, 2015

PENGASAS SHAKLEE TERHEBAT...DR.FORREST C.SHAKLEE



Assalamualaikum Semua.

Bila semua orang sebut ja pasal suplement shaklee,semestinya ramai yang tahu tentang kehebatannya yang sudah lama menapak sejak kurun lamanya.Selama tempoh lebih 5 dekat..dimana shaklee menerajui barangan & produk kesihatan berasaskan alam semulajadi.


DR.FORREST C.SHAKLEE

Siapakah Dr.Forrest C Shaklee???.
Beliau yang mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956.Dan percaya bahawa Alam Semulajadi & Sains terbaik digabungkan sebagai penawar serta dapat memelihara kesihatan manusia.




Salah Silah Dr.Forrest C.Shaklee
Dilahirkan pada November Di Carlisle,Lowa..waktu dilahirkan,beliau disahkan mengidap penyakit (TUBERCULOSIS)iaitu batuk kering.Dan doktor meramalkan bahawa jangka hayatnya sehingga berumur 8 tahun sahaja..Akhirnya keluarga beliau membuat keputusan untuk berpindah ke utara lowa untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.Apabila remaja,doktor yang merawatnya mengatakan penyakitnya dalam keadaan terkawal.
Kemudian beliau mendaftar masuk ke Palmer Scool Of Chiropractic yang diketui oleh B.J.PALMER.
Pembelajaran mengenai Ilmu Sains Alam Sekitar.Akhirnya beliau amat teruja tentang nutrisi.
Dan pada tahun 1915,beliau telah mencipta "Vitalized Mineral" merupakan multivitamin pertama dunia.Dan kini multivitamin tersebut dikenali "Vita-Lea".

Image result for pengasas shaklee
 DAHULU













SEKARANG




















Pada tahun 1956,beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation merupakan syarikat jualan langsung pertama dunia.Terletak di Pleasanton,California bukan sekadar pusat operasi,malah adalah sebagai simbolik kepada falsafah yang diutamakan oleh shaklee.



















Akhirnya dengan pelbagai kajian yang dibuat,keluarga shaklee telah berjaya menjadikan konsep direct selling atau jualan langsung produk suplement menjadi terkenal pada masa kini.
Semuanya disebabkan dengan keyakinan Dr.Shaklee tentang Kuasa Penyembuhan & Falsafah beliau.
                            





















Sunday, May 24, 2015

MENCARI ILMU HINGGA KEMUNCAKNYA

Assalamualaikum semua..
Petang-petang ni sempat lagi nak tulis blog yer...Hari ni berkesempatan bersama group2 GMF
Faraha,suhaila,che za,lin & mai untuk menimba ilmu buat blog..
Cikgunya mesti la MAMI MIA,walaupun berapa org ja yang hadir tapi ok sangat happy giler,tambahan pulak dengan hadirnya che za yg menggamatkan suasana..
Yang pentingnya setiap apa yang diajar hari ni dapat menaikkan lagi semangat untuk berkongsi kebaikkan pada semua orang.


kelas blog


Ewahhh....cun tak semua ni???.Hihihi,angkat bakul sendiri nampak...ada lagi yang join hari ni..


Ha....ni la Mami Mia & yang gempak gitu!!! tak lain tak bukan che za in the house...
Belajar-belajar jugak,tapi perut kena isi..temanya potluck,pakat-pakat bawa menu masing2..
yang penting meriah dek nuunnn oiii.

makanan melayu

Selesai ja makan sampai kenyang...solat....kelas blog pun disambung sampai la ke penghujungnya
tamat pkl 5 ptg.Moga segala info yang dipelajari hari ni memberi manfaat pada kami semua...
Dipanjangkan umur insyallah bertemu kita lagi....waalaikumsalam.


Friday, February 27, 2015

KONGSI RAYA....

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita noo,alhamdulillah masih diberikan lagi waktu untuk bernafas dan diberikan peluang menambahkan lagi amalan dunia & akhirat.Tanggal 19/2/2015,bestnya nak balik kampung(Kongsi Raya Katakan)jumpa all my parents(Ayah Mak serta Mak Abah mertuaku)..teruja sangat2 dah lama tak balik rindu serindunya habaq mai.Malam pun tak rasa nak tidur terlalu excited nak balik kampung,dah macam budak2..ikut sama anak buah saya namanya DANIA (So Cute)..yang lain tak dapat ikut ada hal masing2.


KONGSI RAYA
DANIA COMEL





Seawal 6.30 pagi bertolak,kononnya nak elak jem dekat hightway,sampai ja 9.30 pagi...makkaii tersusun elok ja jem,terperangkap jugak jadinya apa nak buat bukan jalan bapa kitakan.Tapi syukur alhamdulillah sampai jugak dekat kampung dalam pukul 3petang,perut pun dah lapar,letih pun ada sampai ja ada jemputan kahwin terus g makan nasi kenduri pulak...SEDAP!!!
Tapi kali ni nak g jalan pun rasa macam malas sebab bersusun jer keta,nak buat macam mana kena harungi jugak la,nak balik rumah mak saya pulak..kali ni saya dengan suami merempit bak Awie Dengan Erra naik motor.Best jugak sekali sekala cepat ja sampai..

PERJALANANKU


Ahad pagi dah gerak nak balik Melaka,isnin dah kena masuk keja..ingatkan masa balik ja kena jalan jem,last2 kena jugak walaupun nak mengelak..apa yang saya & suami plankan tidur pulak rumah kakak ipar dekat Sungai Siput,terpaksa la tambah cuti lagi 1 hari...isnin pagi gerak balik melaka,alhamdulillah diawal pagi kurang sesak dan akhirnya sampai jugak di teratak rumahku di Taman Sri Aman...
Walaupun kepulangan kali ni sekejap ja,tapi hati dah terubat kerinduan pada Mak Ayah & Abah Mak mertuaku...insyallah dipanjangkan umur dapat berjumpa lagi...Insyallah.


FAMILY BESAR
KELUARGA PENANG

Salam Diperantauan Dari Anakmu....Cehhhh Wahhh.

JATUH CINTA PANDANG PERTAMA???

Assalamualaikum...


Jatuh cinta pandang pertama???.Jangan salah tafsir naa,sebenarnya nak cerita sikit macam mana saya & suami terjebak serta jatuh hati pada suplement terbaik iaitu suplement SHAKLEE yang berasaskan alam semulajadi..mula tu diperkenalkan oleh adik ipar saya sendiri,dalam masa yang sama suami saya sering ja mengadu sakit dada,katanya rasa berdebar2 semacam ja.Terus ja bawa g jumpa doktor,checkup punya checkup rupanya tahap kolesterol suami saya tinggi...Ya Allah dah mula terfikir macam2,mau taknya kalau dah kolesterol tinggi ni macam2 penyakit datang tanpa di undang..Report terus dekat adik ipar & diperkenalkan dengan suplement yang mampu membantu mengurangkan tahap kolesterol...iaitu COQHEALTH atau pun dengan panggilan COQ10.Juga diperkenalkan dengan OMEGA GUARD (omega 3) pati minyak ikan yang terbaik didunia....kita berikhtiar hanya allah yang menentukan.


KOLESTEROL
MEMBANTU & MENGEKALKAN PARAS COQ10 DALAM DARAH.


KOLESTEROL
MENGURANGKAN PARAS KOLESTEROL & TEKANAN DARAH.

Alhamdulillah dengan mengamalkan dengan konsisten serta dipantau oleh saya (jururawat tak bertauliah ni..)..result yang diperolehi oleh suami sangat memberansangkan,sampai doktor pun tanya makan apa??.Tapi makan masa sikit la nooo..ikut pada kerajinan diri masing2 kalau nak betul sembuh,betul tak??.

RESULT

KEPUTUSAN SELEPAS MENGAMBIL COQHEALTH & OMEGA GUARD

Akhir kata sayangilah diri masing2 naa,termasuk la diri saya jugak...kita berjumpa lagi..
SEE U AGAIN...!!!






























Monday, February 16, 2015

FAIZWORLD SUPERB..

Assalamualaikum & Selamat Malam Semua.

Tanggal 15/2/2015 (Ahad),tarikh keramat untuk saya dimana bermulanya sesi menimba ilmu dalam perniagaan yang baru saya ceburi...apa tu??.Tajuk yang akan dibentangkan oleh orang2 yang hebat..
iaitu MASTER OF SHAKLEE (Zainora,Nurul,MamiMia,Ainul) yang berlangsung diBandar Baru Bangi.Perjalanan bermula pada awal pagi dalam pukul 7.30 pagi,saya bersama mama shakleeku berangkat (adik iparku),bersama lagi 2 orang teman seperjuanganku iaitu lin & kak suzana...depa ni semua hebat-hebat tau,termasuklah adik iparku walaupun kecil jangan dipandang enteng yer...super power tu!!!

KAK SUZANA,LIN,SUHAILA & SAYA
Sesi berlangsung dalam pukul 10 pagi...excited giler keluar awal,bukan apa takut traffic jem...

faizland

Alhamdulillah dah sampai..tepat pukul 9 pagi,tapi ada lagi yang belum sampai..tak ape kita sama-sama tunggu.Sesi pun bermula dengan Zainora dulu,diketengahkan dengan tajuk kenali Shaklee dengan lebih dekat,memahami dengan lebih mendalam tentang salah- silah shaklee.
Kemudian disusuli dengan Nurul(Mamabutterfly) & Mami Mia(My Grandmother dalam group shakleeku)tentang nutrisi merangkumi organ dalaman badan kita(Jantung,Salur Darah,Paru,Sendi dan macam-macam lagi.
NURUL







MAMI MIA
Yang bestnya ada macam-macam kuiz supaya tak rasa boring sangatkan,almaklumla sejuk bebonar biliknyer rasa macam nak tidur ja...hihihi
Kuiz berkaitan tentang suplement shaklee ja.diedarkan kotak misteri dan dalamnya ada soalan yang kita kena jawab..pusing pi pusing mai,last-last kena dekat saya...(soalannya betul atau salah omega guard dapat menurunkan tahap kolesterol LDL-Ataupun kolesterol jaha??)...dijawabnya dengan penuh confident,Akhirnya dapat jugak hadiah...kwang kwang!!


DAPAT HADIAH!!!..SUPRISE

Dekat Faizworld jugak disediakan tempat bersantai untuk kanak-kanak & juga bapa budak serta disediakan kemudahan surau lelaki & perempuan.



Tepat pukul 12.00,hidangan tengahari disediakan...apa lagi bedal la perut pun dah nyanyi macam2 irama lepas makan,kita solat & kelas disambung dalam pukul 2 petang..kelas kali ni memang berbeza
dengan kelas yang sebelum ni..motivasi diteruskan dengan nurul yang mana sangat meruntun jiwa & sanubari setiap peserta yang hadir,tak dapat digambarkan dengan kata2..
Diakhir bicara kelas ilmu yang saya hadir kali ni banyak memberi kesan pada naluri saya juga pada semua yang hadir..Moga ilmu yang diberikan kali ni dapat menjadi matlamat dalam mencapai kejayaan pada masa akan datang...INSYALLAH DOAKAN YER!!!


Dipanjangkan umur insyallah kita berjumpa lagi....Bye...Bye!!!